Connect with us

Terkini

Gelaran ‘ustaz/ustazah’ hanya buat asatizah yang diiktiraf kepakaran ilmunya – Firdaus Wong

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyarankan sistem pengiktirafan kepakaran asatizah diwujudkan di Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Gelaran ‘ustaz/ustazah’ hanya buat asatizah yang diiktiraf kepakaran ilmunya - Firdaus Wong
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyarankan sistem pengiktirafan kepakaran asatizah diwujudkan di Malaysia.
  • Tidak sewajarnya gelaran ustaz mahupun ustazah diberikan kepada mana-mana individu hanya kerana mereka berpakaian atau berperwatakan warak.
  • Ini kerana seseorang boleh berpenampilan mengikut sunnah namun tidak semestinya dia adalah asatizah.
  • “Sebagaimana kita tidak akan sewenang-wenangnya memanggil seseorang sebagai Doktor (perubatan/falsafah) kerana untuk bergelar Dr memerlukan seseorang individu menjalani pengajian secara sistematik belasan mahupun puluhan tahun!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.
  • Beliau turut menyarankan dalam sistem senarai asatizah tersebut bidang kepakaran mereka dikemukakan kerana tidak semua berkelulusan agama mempunyai kepakaran sama sebagaimana dilalui doktor perubatan.

KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyarankan sistem pengiktirafan kepakaran asatizah diwujudkan di Malaysia.

Beliau turut menegaskan tidak sewajarnya gelaran ustaz mahupun ustazah diberikan kepada mana-mana individu hanya kerana mereka berpakaian atau berperwatakan warak.

Ini kerana seseorang boleh berpenampilan mengikut sunnah namun tidak semestinya dia adalah asatizah.

“Jangan jadikan gelaran ustaz/ustazah itu terlalu murah!

“Tidak semua yang berkopiah, berserban, berjubah, berjanggut, bertudung labuh, berniqab itu adalah ustaz ataupun ustazah! Jangan buat kesilapan saya dahulu pada awal memeluk Islam sehingga sesiapa sahaja yang bekerja di pejabat agama termasuklah ‘cleaner’, ‘receptionist’ di’ustaz & di’ustazah kan!

“Sebagaimana kita tidak akan sewenang-wenangnya memanggil seseorang sebagai Doktor (perubatan/falsafah) kerana untuk bergelar Dr memerlukan seseorang individu menjalani pengajian secara sistematik belasan mahupun puluhan tahun!” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.

Menurut Firdaus Wong, cadangan itu antara perkara disuarakan kepada Majlis Dakwah Negara (MDN), beberapa tahun lalu sewaktu mengikuti mesyuarat dalam talian.

Beliau turut menyarankan dalam sistem senarai asatizah tersebut bidang kepakaran mereka dikemukakan kerana tidak semua yang berkelulusan agama mempunyai kepakaran sama sebagaimana dilalui doktor perubatan.

Katanya, masyarakat perlu menghormati asatizah atas usaha mereka mendalami agama bagaimanapun penghormatan diberi tidak semestinya menjadikan masyarakat fanatik sehingga menganggap kelompok itu serba tahu.

“Sistem itu perlu agar masyarakat boleh membuat carian apakah kepakaran asatizah yang mereka ‘follow’ atau tonton di medsos. Letakkan nama penuh dan juga nama samaran yang dikenali ramai.

“Biar asatizah yang berkepakaran dalam bacaan Quran mengajar bacaan. Kalau dia ada kelayakan lain, silakan juga.

“Cadangan saya itu adalah agar masyarakat menghormati asatizah pada kadar yang sewajarnya dan bagi mengelakkan gelaran itu dimanipulasi mana-mana pihak,” katanya yang turut dikenali dengan panggilan Bro Firdaus.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mengingatkan penggunaan gelaran bersifat agama perlu dikawal bagi mengelak masyarakat menjadi keliru dan menyangka fakta yang salah itu benar kerana gelaran berkenaan.

“Tokoh besar dunia pun takut untuk memanggil diri mereka ulama. Di Malaysia, dengan mudah wujud istilah ini. Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan. Bimbang sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan media tempatan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *