Connect with us

Terkini

10,000 kanak-kanak berisiko ketagih nikotin, sementara tunggu Parlimen bersidang lagi

Tindakan tiga pertubuhan kesihatan memohon kebenaran prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 bukan langkah anti-kerajaan atau bersifat politik.

Wartawan TMT

Published

on

10,000 kanak-kanak berisiko ketagih nikotin, sementara tunggu Parlimen bersidang lagi
Foto: Dr Murallitharan (kiri), Muhammad Sha'ani (dua dari kiri), Sharmila Sekaran (dua dari kanan) dan Roslizawati Md Ali (kanan) pada sidang media MCTC.
  • Tindakan tiga pertubuhan kesihatan memohon kebenaran prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 bukan langkah anti-kerajaan atau bersifat politik.
  • Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy berkata, prosedur diambil pihaknya bersama Pertubuhan Green Lung Malaysia serta persatuan hak asasi kanak-kanak, Voice Of The Children (VoC) untuk mengkaji tindakan pelbagai cabang kerajaan dan menentukan sama ada tindakan berkenaan selaras dengan Perlembagaan.
  • Menurutnya, pihaknya mendapati keputusan itu melanggar hak kanak-kanak dan kesihatan awam sekali gus melanggar undang-undang sedia ada.
  • “Apa yang saya tahu kita tiada (sidang) Parlimen sehingga Oktober ini dan kita juga tidak tahu pada Oktober nanti akan lulus atau tidak. Jadi ini membawa masalah kerana nikotin boleh menyebabkan ketagihan dalam masa masa 72 jam.
  • “Dalam menunggu 170 hari sementara menunggu Parlimen bersidang mungkin akan ada 5,000 hingga 10,000 kanak-kanak baru yang menjadi ketagih nikotin (penggunaan vape). Ketersediaan nikotin yang sah pada masa ini membolehkannya dibeli dan digunakan kanak-kanak dan orang muda,” katanya.

Kuala Lumpur: Tindakan tiga pertubuhan kesihatan memohon kebenaran prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 bukan langkah anti-kerajaan atau bersifat politik.

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy berkata, prosedur diambil pihaknya bersama Pertubuhan Green Lung Malaysia serta persatuan hak asasi kanak-kanak, Voice Of The Children (VoC) untuk mengkaji tindakan pelbagai cabang kerajaan dan menentukan sama ada tindakan berkenaan selaras dengan Perlembagaan.

Menurutnya, pihaknya mendapati keputusan itu melanggar hak kanak-kanak dan kesihatan awam sekali gus melanggar undang-undang sedia ada.

“Perlu difahami dengan jelas bahawa semakan kehakiman bertujuan untuk mengkaji tindakan pelbagai cabang kerajaan (eksekutif, dalam kes ini dan khususnya Kementerian Kesihatan) dan menentukan sama ada tindakan tersebut selaras dengan perlembagaan.

“Jika tindakan yang dinilai tidak konsisten diisytiharkan tidak berperlembagaan dan oleh itu ia akan terbatal dan tidak sah. Ini adalah sebahagian daripada proses undang-undang demokrasi dan permintaan untuk menyemak semula keputusan yang dibuat dan bukannya mensasarkan individu atau kerajaan dengan sebarang motif politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Setiausaha Agung MCTC Muhammad Sha’ani Abdullah, Timbalan Presiden MCTC Roslizawati Md Ali dan wakil VoC Sharmila Sekaran di sini, hari ini.

Justeru Dr Murallitharan berkata, pihaknya berharap kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan Pejabat Peguam Negara (AGC) mempertimbangkan tidak bertanding dalam permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan.

Menurutnya, itu akan memberi isyarat jelas kepada semua pihak bahawa Kementerian Kesihatan dan kerajaan terus komited terhadap perlindungan kesihatan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dan jika ia dibentang serta diluluskan di Parlimen membolehkan kawalan dibuat ke atas nikotin, namun ia masih belum berlaku.

Menurutnya, justeru ia antara faktor yang menyebabkan pihaknya mengambil inisiatif permohonan semakan kehakiman selepas semua input diberikan pihaknya mengenai perkara itu diabaikan.

“Apa yang saya tahu kita tiada (sidang) Parlimen sehingga Oktober ini dan kita juga tidak tahu pada Oktober nanti akan lulus atau tidak. Jadi ini membawa masalah kerana nikotin boleh menyebabkan ketagihan dalam masa masa 72 jam.

“Dalam menunggu 170 hari sementara menunggu Parlimen bersidang mungkin akan ada 5,000 hingga 10,000 kanak-kanak baru yang menjadi ketagih nikotin (penggunaan vape). Ketersediaan nikotin yang sah pada masa ini membolehkannya dibeli dan digunakan kanak-kanak dan orang muda,” katanya.

Semalam media melaporkan, tiga pertubuhan kesihatan berkenaan selaku pemohon menamakan dua responden iaitu Kementerian Kesihatan dan kerajaan melalui firma guaman Kanesalingam & Co pada 30 Jun lalu.

Ketiga-tiga pemohon menyatakan bahawa Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu, membuat Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 selepas berunding dengan Lembaga Racun.

Sumber: Harian Metro 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending