Connect with us

Terkini

Waris Sulu tiada lagi hak buat tuntutan dari Malaysia

Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis menolak penguatkuasaan Partial Award kepada waris Sulu telah menutup pintu kepada mana-mana pihak daripada mengambil tindakan terhadap mana-mana negara ahli Konvensyen New York.

Wartawan TMT

Published

on

Waris Sulu tiada lagi hak buat tuntutan dari Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis menolak penguatkuasaan Partial Award kepada waris Sulu telah menutup pintu kepada mana-mana pihak daripada mengambil tindakan terhadap mana-mana negara ahli Konvensyen New York.
  • Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, keputusan itu membuatkan pihak yang menuntut tidak boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan.
  • “Berbanding menurut arahan mahkamah Sepanyol untuk berhenti bertindak sebagai penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa memindahkan langkah timbang tara itu ke Pe­rancis dan seterus­nya mengeluarkan Final Award.
  • “Keputusan Mahkamah Ra­yuan Paris adalah muktamad dan utama, kemenangan untuk Malaysia menegakkan undang-undang, menyebabkan kekalahan kepada pihak penuntut dan pembiayaan mereka,” katanya.

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis menolak penguatkuasaan Partial Award kepada waris Sulu telah menutup pintu kepada mana-mana pihak daripada mengambil tindakan terhadap mana-mana negara ahli Konvensyen New York.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Madya Dr. Khairil Azmin Mokhtar berkata, keputusan itu membuatkan pihak yang menuntut tidak boleh bergantung kepada keputusan salah yang dibuat di Perancis pada Februari 2022 atas apa-apa tujuan.

“Berbanding menurut arahan mahkamah Sepanyol untuk berhenti bertindak sebagai penimbang tara, Dr. Gonzalo Stampa memindahkan langkah timbang tara itu ke Pe­rancis dan seterus­nya mengeluarkan Final Award.

“Tindakan itu telah me­langgar perintah mahkamah Sepanyol dan mengakibatkan penyalahgunaan ketara terhadap proses timbang tara antarabangsa.

“Keputusan Mahkamah Ra­yuan Paris adalah muktamad dan utama, kemenangan untuk Malaysia menegakkan undang-undang, menyebabkan kekalahan kepada pihak penuntut dan pembiayaan mereka,” katanya.

Mahkamah Rayuan Perancis mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan Partial Award kepada kumpulan mendakwa waris Sulu yang sebelum itu diputuskan Stampa
pada 2020.

Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati, Stampa terkhilaf dalam bidang kuasanya. Stampa memberikan Final Award, meskipun pelantikannya sudah dibatalkan Mahkamah Sepanyol.

Advertisement

Keputusan Mahkamah Ra­yuan Paris sekali gus akan membatalkan Final Award berjumlah hampir AS$15 bilion (RM69 bilion) yang diputuskan oleh Stampa untuk diberikan kepada pihak penuntut.

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending