Connect with us

Antarabangsa

Turkiye ikrar terus menentang tindakan jejas kesucian Masjid al-Aqsa

Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye ikrar terus menentang tindakan jejas kesucian Masjid al-Aqsa
Foto: Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
  • Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.
  • Jaminan berkenaan disuarakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan ketika bercakap dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon sempena sambutan Aidiladha.
  • Katanya, Ankara akan terus menyokong Palestin meskipun Aidiladha kali ini disambut dalam keadaan yang menyedihkan berikutan beberapa serangan udara Zionis sehingga mengorbankan mencederakan beberapa rakyat di wilayah yang terkepung.
  • Isnin lalu, Israel melancarkan beberapa serangan udara di Kem Pelarian Jenin di Tebing Barat sehingga mengorbankan tujuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.

ANKARA – Turkiye memberi jaminan akan menentang sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kesucian dan status Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Jaminan berkenaan disuarakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan ketika bercakap dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon sempena sambutan Aidiladha.

Katanya, Ankara akan terus menyokong Palestin meskipun Aidiladha kali ini disambut dalam keadaan yang menyedihkan berikutan beberapa serangan udara Zionis sehingga mengorbankan mencederakan beberapa rakyat di wilayah yang terkepung.

Isnin lalu, Israel melancarkan beberapa serangan udara di Kem Pelarian Jenin di Tebing Barat sehingga mengorbankan tujuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Serangan berkenaan turut mengorbankan seorang bayi lelaki dan perempuan selain menyebabkan kecederaan kepada 91 penduduk, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dalam kenyataan.

Erdogan turut menyampaikan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga akibat terkena serangan Zionis. – Agensi

Sumber: ISMAWEB

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending