Connect with us

Terkini

Tolerasi kaum, agama di Sabah model terbaik terap Malaysia Madani – NGO

Toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama masyarakat berbilang latar belakang di Sabah merupakan model terbaik yang boleh dicontohi bagi menerapkan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tolerasi kaum, agama di Sabah model terbaik terap Malaysia Madani – NGO
Foto: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad.
  • Toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama masyarakat berbilang latar belakang di Sabah merupakan model terbaik yang boleh dicontohi bagi menerapkan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat di negara ini.
  • Datuk Sapawi Ahmad berkata penerimaan masyarakat Sabah dalam pelbagai bentuk hubungan menunjukkan tahap toleransi tinggi dalam kalangan mereka yang boleh dicontohi masyarakat dari seluruh negara.
  • Beliau berkata pembangunan insaniah dalam kalangan generasi muda juga harus diutamakan seiring dengan konsep Malaysia MADANI selain menitikberatkan penerapan nilai-nilai dan keindahan agama Islam.

KENINGAU — Toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama masyarakat berbilang latar belakang di Sabah merupakan model terbaik yang boleh dicontohi bagi menerapkan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan rakyat di negara ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad berkata penerimaan masyarakat Sabah dalam pelbagai bentuk hubungan menunjukkan tahap toleransi tinggi dalam kalangan mereka yang boleh dicontohi masyarakat dari seluruh negara.

“Kita dapat melihat hubungan itu melalui interaksi seharian yang berlaku dalam masyarakat Sabah dan bukannya bermusim mengikut sambutan perayaan. Selain itu, hubungan antara agama di Sabah juga sangat baik.

“Kelebihan yang kita ada di Sabah ini boleh kita gembeleng secara bersama bagi menjayakan konsep Malaysia MADANI digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya semasa berucap pada forum Malaysia MADANI di Dewan Masyarakat Keningau di sini hari ini.

Beliau berkata pembangunan insaniah dalam kalangan generasi muda juga harus diutamakan seiring dengan konsep Malaysia MADANI selain menitikberatkan penerapan nilai-nilai dan keindahan agama Islam.

Katanya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga telah memberikan kepercayaan kepada USIA untuk menjalankan jerayawara bagi memberi penerangan mengenai konsep Malaysia MADANI di Sabah.

Malaysia MADANI bermatlamat untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan nilai MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending