Terkini
Tiada pelepasan cukai OKU beli kenderaan bermotor
Kementerian Kewangan setakat ini tidak merancang memberi rebat pelepasan cukai kepada orang kelainan upaya (OKU) kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor.
- Kementerian Kewangan setakat ini tidak merancang memberi rebat pelepasan cukai kepada orang kelainan upaya (OKU) kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor.
- Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, setakat ini kerajaan menyediakan pengecualian sepenuhnya ke atas duti eksais kenderaan untuk semua individu OKU dan cacat fizikal yang berkeupayaan memandu dengan syarat-syarat tertentu.
- “Cadangan berkenaan rebat pelepasan cukai kepada golongan OKU perlu diperhalusi dan dikaji secara menyeluruh.
- “Dari aspek pelepasan cukai pendapatan, OKU di bawah kategori B40 dan M40 layak menikmati rebat pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM400 bagi pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000.
- “Selain itu, sebarang perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas ke atas diri sendiri layak menuntut potongan cukai sehingga RM6,000 dan potongan cukai tambahan sebanyak RM6,000 sekiranya berdaftar dengan JKM sebagai seorang yang kurang upaya,” katanya di Dewan Negara hari ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan setakat ini tidak merancang memberi rebat pelepasan cukai kepada orang kelainan upaya (OKU) kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor.
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, setakat ini kerajaan menyediakan pengecualian sepenuhnya ke atas duti eksais kenderaan untuk semua individu OKU dan cacat fizikal yang berkeupayaan memandu dengan syarat-syarat tertentu.
“Cadangan berkenaan rebat pelepasan cukai kepada golongan OKU perlu diperhalusi dan dikaji secara menyeluruh.
“Dari aspek pelepasan cukai pendapatan, OKU di bawah kategori B40 dan M40 layak menikmati rebat pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM400 bagi pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000.
“Selain itu, sebarang perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas ke atas diri sendiri layak menuntut potongan cukai sehingga RM6,000 dan potongan cukai tambahan sebanyak RM6,000 sekiranya berdaftar dengan JKM sebagai seorang yang kurang upaya,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Terdahulu, Senator Isaiah D. Jacob bertanya kepada kementerian berkenaan sama ada kerajaan berhasrat untuk memberikan rebat pelepasan cukai bagi pembelian kenderaan bermotor berjenama tempatan di bawah harga RM45,000 untuk OKU kategori B40 dan M40.
“Layanan cukai sedia ada dilihat memadai bagi meringankan beban golongan OKU bagi kategori B40 dan M40. Bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar percukaian sedia ada dari semasa ke semasa seiring dengan persekitaran ekonomi,” ujarnya. – UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia