Connect with us

Antarabangsa

Tentera rejim Israel serang bandar Ramallah

Pertempuran meletus selepas tentera Israel melancarkan serbuan yang jarang berlaku di bandar Ramallah, dekat Tebing Barat yang diduduki pada awal pagi tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera rejim Israel serang bandar Ramallah
Foto: Keadaan bandar Ramallah ketika diserang oleh tentera Israel awal pagi tadi.
  • Pertempuran meletus selepas tentera Israel melancarkan serbuan dan berkonvoi dalam skala besar tiba di pusat pemerintahan Palestin, bandar Ramallah, Tebing Barat pada awal pagi tadi.
  • Menurut tentera Israel, operasi di Ramallah ‘bagi merobohkan kediaman pejuang yang melakukan serangan pengeboman di Baitulmaqdis pada November lalu’.
  • Kata saksi Reuters, situasi tersebut menyebabkan ratusan rakyat Palestin berkumpul di kawasan berkenaan dan beberapa pemuda Palestin melemparkan batu ke arah tentera Israel yang melepaskan peluru hidup, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
  • Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam penduduk dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, termasuk tiga daripada mereka mengalami luka akibat ditembak.

RAMALLAH: Pertempuran meletus selepas tentera Israel melancarkan serbuan yang jarang berlaku di bandar Ramallah, dekat Tebing Barat yang diduduki pada awal pagi tadi.

Menurut tentera, tindakan itu sebagai operasi untuk merobohkan rumah pejuang Palestin.

Seorang saksi Reuters, berkata konvoi tentera dalam skala besar tiba di pusat bandar Ramallah yang juga pusat pemerintahan Palestin.

Situasi itu menyebabkan ratusan rakyat Palestin berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut saksi itu, beberapa pemuda Palestin melemparkan batu ke arah tentera Israel yang melepaskan peluru hidup, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Tong sampah yang dibakar menyebabkan laluan jalan raya terhalang ketika siren ambulans dibunyikan.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam penduduk dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, termasuk tiga daripada mereka mengalami luka akibat ditembak.

Tentera Israel berkata, operasi di Ramallah ‘bagi merobohkan kediaman pejuang yang melakukan serangan pengeboman di Baitulmaqdis pada November lalu’.

Letupan berkembar itu mengakibatkan dua orang terbunuh, termasuk seorang remaja Israel-Kanada dan sekurang-kurangnya 14 yang lain cedera dalam apa yang dikatakan polis sebagai letupan bom buatan yang dipasang di perhentian bas berhampiran pintu keluar bandar dan di persimpangan menuju ke kawasan penempatan.

“Tindakan merobohkan rumah pejuang (Palestin) adalah hukuman kolektif, termasuk dalam jenayah perang yang dilakukan terhadap penduduk di sini,” kata wakil parti Fatah, Abdel Fattah Dola.

Parti tersebut dipimpin oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Israel sebelum ini berkata, dasar merobohkan rumah pejuang Palestin adalah bagi menghukum dan menghalang penyerang yang berpotensi.

Beberapa jam sebelum insiden itu, utusan Amerika Syarikat ke Palestin, Hady Amr, bertemu dengan pegawai kanan Palestin, Hussein Al-Sheikh.

Untuk rekod, keganasan di Tebing Barat mencatatkan peningkatan pada tahun lalu.

Israel meningkatkan serbuan tenteranya di tengah-tengah serangan jalanan yang dilakukan penduduk Palestin di sekitar bandarnya. 

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending