Connect with us

Terkini

Sup tulang babi sebagai makanan kebangsaan, lepas ini arak? – NGO

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse disifatkan tidak sensitif terhadap masyarakat di Malaysia yang majoritinya Muslim tambahan lagi Islam adalah agama Persekutuan apabila mencadangkan sup tulang babi Bak Kut Teh diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Hidayah Sani

Published

on

Sup tulang babi sebagai makanan kebangsaan, lepas ini arak? - NGO
Foto: Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya.
  • Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse disifatkan tidak sensitif terhadap masyarakat umum di Malaysia yang majoritinya Muslim tambahan lagi Islam adalah agama Persekutuan apabila mencadangkan sup tulang babi Bak Kut Teh diangkat sebagai makanan kebangsaan.
  • Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata cadangan yang dilihat seakan bersahaja dari segi ‘permukaannya’ itu apabila diteliti lebih mendalam ia sebenarnya kurang ajar.
  • Dengan mengisytiharkan sesuatu itu sebagai ‘perkara ikonik’ kebangsaan di peringkat antarabangsa, maka ianya adalah pendirian bahawa “inilah identiti rasmi negara” – termasuklah makanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Aminuddin mempersoalkan jika cadangan Jimmy direalisasikan adakah selepas ini akan ada lebih banyak perkara ‘haram’ yang diangkat menjadi ikon kebangsaan.
  • “Arak tempatan mana pula yang boleh dinobat sebagai minuman kebangsaan? Judi apakah yang boleh dinobat sebagai permainan kebangsaan? Begitu?”

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse disifatkan tidak sensitif terhadap masyarakat di Malaysia yang majoritinya Muslim tambahan lagi Islam adalah agama Persekutuan apabila mencadangkan sup tulang babi Bak Kut Teh diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata cadangan yang dilihat seakan bersahaja dari segi ‘permukaannya’ itu apabila diteliti lebih mendalam ia sebenarnya kurang ajar.

Dengan mengisytiharkan sesuatu itu sebagai ‘perkara ikonik’ kebangsaan di peringkat antarabangsa, maka ianya adalah pendirian bahawa “inilah identiti rasmi negara” – termasuklah makanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau turut mempersoalkan adakah Ahli Parlimen berkenaan hendak mengangkat sesuatu yang haram seperti babi sebagai sebahagian dari identiti rasmi negara Islam ini.

“Apakah ini merupakan satu usaha halus untuk menghina negara yang akhirnya menghakis imej dan kedudukannya sebagai sebuah negara Islam yang sohor?

”Saya tidak boleh bayangkan jika ini menjadi kenyataan. Mana kita nak letak muka di hadapan saudara-saudari kita dari negara-negara Islam? Pastinya akan menjadi bahan jenaka yang menghinakan,” katanya.

Aminuddin juga mempersoalkan sekiranya cadangan Jimmy direalisasikan adakah selepas ini akan ada lebih banyak perkara ‘haram’ yang diangkat menjadi ikon kebangsaan.

“Arak tempatan mana pula yang boleh dinobat sebagai minuman kebangsaan? Judi apakah yang boleh dinobat sebagai permainan kebangsaan? Begitu?” katanya.

Jimmy sebelum ini dilaporkan bertanya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan semula sejak bila bak kut teh tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia kerana berdasarkan semakan beliau makanan tersebut tidak tersenarai dalam 10 makanan tradisional Malaysia.

Sementara itu, menjawab soalan Mohd Suhaimi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, untuk memasukkan sesuatu jenis makanan dalam kategori tradisi, ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia. 

Bak kut teh merujuk kepada sejenis hidangan sup beserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina berasal dari Klang.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending