Connect with us

Terkini

Sejak bila ‘bak kut teh’ jadi makanan tradisi Malaysia? – MP Langkawi

Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah semalam mempersoalkan sejak bila ‘bak kut teh’ tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Sejak bila 'bak kut teh' jadi makanan tradisi Malaysia? – MP Langkawi
Foto: Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.
  • Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah semalam mempersoalkan sejak bila ‘bak kut teh’ tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.
  • Perkara itu dibangkitkan susulan soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.
  • Mempersoalkan perkara itu, Mohd Suhaimi daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bak kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut.
  • “30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia, tidak ada bak kut teh. Soalan saya, sejak bila bak kut teh dimasukkan dalam makanan ini, dan adakah menteri bersetuju nak masukkan seperti mana permohonan oleh YB Tebrau itu?,” soalnya ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat semalam.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah semalam mempersoalkan sejak bila ‘bak kut teh’ tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.

Perkara itu dibangkitkan susulan soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.

Mempersoalkan perkara itu, Mohd Suhaimi daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bak kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut.

“30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia, tidak ada bak kut teh. Soalan saya, sejak bila bak kut teh dimasukkan dalam makanan ini, dan adakah menteri bersetuju nak masukkan seperti mana permohonan oleh YB Tebrau itu?,” soalnya ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Berdasarkan carian di Google, bak kut teh merujuk kepada sejenis hidangan sup beserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina dan dilaporkan berasal dari Klang.

Sebelum itu, Puah ketika bangkit mengajukan soalan tambahan menjelaskan beliau mengajukan soalan tersebut selepas menonton sebuah dokumentari yang disiarkan stesen televisyen negara jiran, yang seolah-olah mempertikaikan asal usul sajian bak kut teh adalah dari negara jiran, dan bukan Klang.

Justeru, beliau meminta pandangan sama ada kerajaan akan mengubah persepsi tersebut, dan mencadangkan agar Institusi Makanan Kebangsaan ditubuhkan bagi memperkasakan makanan tradisi.

Advertisement

Sementara itu, menjawab soalan Mohd Suhaimi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, untuk memasukkan sesuatu jenis makanan dalam kategori tradisi, ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.

“Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Langkawi, kerana ia memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.

“Kalau bak kut teh itu menyediakan bak kut teh ayam, boleh lah (dipertimbangkan sebagai makanan tradisi) YB Langkawi.

“Tetapi bak kut teh yang dibangkit oleh YB Tebrau, dia tak bagi secara spesifik bak kut teh jenis apa, dan saya pun tak boleh jawab spesifik. Tetapi pokoknya di sini, untuk kita masukkan dalam makanan warisan, ianya harus dimakan dan dirasai oleh kaum di negara kita,” jelas beliau.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending