Terkini
PN tidak teruskan rundingan peruntukan pembangkang – Takiyuddin
Perikatan Nasional (PN) menegaskan ia tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata wakil rakyat kepada pembangkang.

- Perikatan Nasional (PN) menegaskan ia tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata wakil rakyat kepada pembangkang.
- Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sudah beberapa kali berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkaitan perkara itu.
- Kerajaan meminta beberapa jaminan malah meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan, seolah-olah memohon peruntukan tersebut.
- “Sebab itulah terhentinya. Kami tidak akan tulis surat apa-apa untuk dapatkan peruntukan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menegaskan ia tidak akan meneruskan perundingan berkaitan peruntukan sama rata wakil rakyat kepada pembangkang.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sudah beberapa kali berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkaitan perkara itu.
Begitupun, kerajaan meminta beberapa jaminan malah meminta pembangkang menulis surat kepada kerajaan, seolah-olah memohon peruntukan tersebut.
“Semasa pemerintahan PN di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan yang tawarkan kepada pembangkang, untuk tandatangan MoU, setuju dengan syarat dan diberikan peruntukan itu.
“Kenapa kami perlu menghantar surat pula kalau kata benar nak bagi dan kami memberi aku janji tertentu.
“Sebab itulah terhentinya. Kami tidak akan tulis surat apa-apa untuk dapatkan peruntukan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Takiyuddin turut menekankan janji peruntukan sama rata terkandung dalam manifesto yang dilaungkan pemimpin kerajaan.
“Tapi PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini ‘twist’. Beliau kata ada bagi peruntukan kepada projek-projek dalam kawasan pembangkang. Itu bukan isunya.
“Isunya adalah peruntukan kepada Ahli Parlimen yang diberikan sebelum-sebelum ini,” dakwanya.
Isu peruntukan kepada pembangkang kerap dibangkitkan, termasuk di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen PN berulang kali mendesak mereka turut diberikan peruntukan daripada kerajaan.
Perdana Menteri juga berulang kali mengingatkan pembangkang, sekiranya mereka mahukan peruntukan, mereka perlu segera berbincang dengan Fadillah.
Walaupun sudah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu tersebut masih belum menemui penyelesaiannya.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas