Connect with us

Terkini

Sultan Selangor mahu polemik agama diselesaikan segera dengan bijak dan tertib

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.

Wartawan TMT

Published

on

Sultan Selangor mahu polemik agama diselesaikan segera dengan bijak dan tertib
Foto: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.
  • Apa jua polemik agama hendaklah diselesaikan segera demi perpaduan dan masa hadapan negara, titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.
  • Justeru, Sultan Sharafuddin menyeru agar semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat terus disemai serta dididik di semua peringkat bersama nilai-nilai murni hidup bermasyarakat bagi mengekalkan keharmonian.
  • Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menyokong dan senada dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.

Apa jua polemik agama hendaklah diselesaikan segera demi perpaduan dan masa hadapan negara, titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Justeru, Sultan Sharafuddin menyeru agar semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat terus disemai serta dididik di semua peringkat bersama nilai-nilai murni hidup bermasyarakat bagi mengekalkan keharmonian.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menyokong dan senada dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin berpandangan isi kandungan titah Yang di-Pertuan Agong itu amat baik dan impresif serta harus diambil serius oleh rakyat jelata.

Sama seperti Yang di-Pertuan Agong, baginda Sultan turut menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah ‘Allah’ yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara, kata kenyataan itu.

Sultan Selangor mahu semua pihak menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, dan semua rakyat juga perlu menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam.

Titah baginda Sultan lagi, ke arah membina sebuah negara yang maju jaya, berwibawa, dan bermaruah, semua rakyat dan ahli politik hendaklah membuang sebarang agenda retorik yang boleh membawa kepada perpecahan.

“Tanpa perpecahan, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara yang maju dan disegani,” titah baginda.

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending