Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia perlu dokumen perjalanan baharu ke negara EU mulai tahun depan

Rakyat Malaysia yang mahu mengunjungi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Zon Schengen perlu mempunyai kebenaran perjalanan Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS) mulai tahun depan.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Malaysia perlu dokumen perjalanan baharu ke negara EU mulai tahun depan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Malaysia yang mahu mengunjungi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Zon Schengen perlu mempunyai kebenaran perjalanan Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS) mulai tahun depan.
  • Zon Schengen adalah sekumpulan 27 negara di Eropah yang sudah menghapuskan sempadan mereka.
  • Menerusi makluman daripada laman sesawang Schengen Visa Info, permohonan ETIAS perlu dilakukan secara dalam talian dan ia diperlukan untuk pelawat dari negara bebas visa (visa-free) untuk masuk ke Zon Schengen.
  • Pemegang pasport Malaysia pada masa ini tersenarai dalam 63 negara bebas visa untuk mengakses 30 negara ahli EU dan Zon Schengen.
  • Mulai tahun depan, warga Malaysia perlu membuat permohonan melalui ETIAS yang mana sistem itu beroperasi secara elektronik sepenuhnya bertujuan mengawasi pelawat ‘visa-free’ yang memasuki Zon Schengen.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang mahu mengunjungi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Zon Schengen perlu mempunyai kebenaran perjalanan Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS) mulai tahun depan.

Zon Schengen adalah sekumpulan 27 negara di Eropah yang sudah menghapuskan sempadan mereka.

Menerusi makluman daripada laman sesawang Schengen Visa Info, permohonan ETIAS perlu dilakukan secara dalam talian dan ia diperlukan untuk pelawat dari negara bebas visa (visa-free) untuk masuk ke Zon Schengen.

Pemegang pasport Malaysia pada masa ini tersenarai dalam 63 negara bebas visa untuk mengakses 30 negara ahli EU dan Zon Schengen.

Bagaimanapun, mulai tahun depan, warga Malaysia perlu membuat permohonan melalui ETIAS yang mana sistem itu beroperasi secara elektronik sepenuhnya bertujuan mengawasi pelawat ‘visa-free’ yang memasuki Zon Schengen.

30 negara yang memerlukan ETIAS adalah Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czechia, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

“ETIAS akan menjalankan pemeriksaan keselamatan terperinci ke atas setiap pemohon untuk menentukan sama ada mereka boleh dibenarkan memasuki mana-mana negara Zon Schengen.

“Walaupun rakyat dari negara yang tidak memerlukan visa untuk tujuan perjalanan sehingga 90 hari di EU, ETIAS akan memastikan bahawa mereka ini bukan ancaman keselamatan,” katanya.

Katanya, sistem kebenaran perjalanan ini akan mengumpulkan, menjejaki dan mengemas kini maklumat yang diperlukan berkenaan pelawat untuk menentukan sama ada selamat untuk mereka memasuki negara Schengen.

Menurut laman sesawang itu lagi, setiap pemohon ETIAS akan dikenakan bayaran Euro 7 (RM36) namun tiada bayaran dikenakan untuk pemohon di bawah umur 18 tahun dan ETIAS akan sah untuk tempoh tiga tahun.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending