Connect with us

Antarabangsa

Presiden China mahu hak asasi manusia dinikmati secara adil

Presiden China Xi Jinping berkata umat manusia sekali lagi berada di persimpangan, manakala tadbir urus hak asasi manusia global pula sedang menghadapi cabaran serius ketika ini

Wartawan TMT

Published

on

Presiden China mahu hak asasi manusia dinikmati secara adil
Foto: Presiden China, Xi Jinping.
  • Presiden China Xi Jinping berkata umat manusia sekali lagi berada di persimpangan, manakala tadbir urus hak asasi manusia global pula sedang menghadapi cabaran serius ketika ini
  • Beliau mengesyorkan supaya melindungi hak asasi manusia dengan keselamatan, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, menempuh jalan pembangunan aman dan melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, demi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk merealisasikan hak asasi manusia.
  • Xi berkata demikian menerusi surat tahniah kepada Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global yang dirasmikan di sini semalam.
  • Dalam surat itu, beliau turut menyarankan untuk mempromosikan hak asasi manusia melalui pembangunan, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, di samping meningkatkan aspek inklusif, manfaat umum dan kemampanan pembangunan, demi memastikan hak asasi manusia dapat dinikmati oleh rakyat semua negara secara adil, dengan laluan pemodenan masing-masing.

BEIJING – Presiden China Xi Jinping berkata umat manusia sekali lagi berada di persimpangan, manakala tadbir urus hak asasi manusia global pula sedang menghadapi cabaran serius ketika ini.

Justeru, beliau mengesyorkan supaya melindungi hak asasi manusia dengan keselamatan, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, menempuh jalan pembangunan aman dan melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, demi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk merealisasikan hak asasi manusia.

Xi berkata demikian menerusi surat tahniah kepada Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global yang dirasmikan di sini, hari ini.

Dalam surat itu, beliau turut menyarankan untuk mempromosikan hak asasi manusia melalui pembangunan, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, di samping meningkatkan aspek inklusif, manfaat umum dan kemampanan pembangunan, demi memastikan hak asasi manusia dapat dinikmati oleh rakyat semua negara secara adil, dengan laluan pemodenan masing-masing.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan untuk menggalakkan hak asasi manusia melalui kerjasama, saling menghormati dan berinteraksi secara sama rata antara satu sama lain.

“Inisiatif Peradaban Global perlu diamalkan, pertukaran dan saling belajar antara peradaban harus diperkukuh untuk mencapai konsensus melalui dialog, supaya bersama-sama mewujudkan pembangunan dan kemajuan peradaban hak asasi manusia,” tambah Xi.

Tegas beliau, China komited terhadap prinsip rakyat diutamakan, berpegang kepada jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan sesuai dengan keadaan negaranya sendiri.

“Kami (China) akan terus meningkatkan tahap perlindungan hak asasi manusia dalam proses membangunkan pemodenan ala China.

“China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan semangat Deklarasi Vienna dan Program Tindakan, menggalakkan tadbir urus hak asasi manusia global ke arah lebih adil, saksama, munasabah dan inklusif, serta mewujudkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama-sama membina dunia yang lebih indah,” ulas XI.

Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara, Kementerian Luar dan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China ini bertemakan “Kesaksamaan, Kerjasama, Pembangunan: Ulang Tahun ke-30 Deklarasi Vienna dan Program Tindakan dan Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global”. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending