Connect with us

Antarabangsa

Presiden Biden tersungkur di majlis graduasi

Presiden Joe Biden tersungkur selepas selesai menyerahkan skrol terakhir pada majlis konvokesyen graduan diploma di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden Biden tersungkur di majlis graduasi
Foto: Presiden AS, Joe Biden dibantu untuk bangun selepas terjatuh ketika majlis graduasi di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado Springs, El Paso County, Colorado.
  • Presiden Joe Biden tersungkur selepas selesai menyerahkan skrol terakhir pada majlis konvokesyen graduan diploma di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), semalam.
  • Biden, bagaimanapun segera bangun dan berjalan menuju ke kerusinya dan ia dipercayai berpunca akibat tersadung.
  • Ketika kejadian, Biden sempat menahan dirinya menggunakan tangan, sebelum bangun dengan bantuan tiga pembantunya dan berjalan semula tanpa sebarang bantuan.
  • Ia berlaku selepas ucapan perasmiannya yang memberi amaran kepada graduan mengenai situasi mereka bakal memulakan perkhidmatan dalam keadaan dunia semakin tidak stabil, memetik cabaran dari Russia dan China.

COLORADO SPRINGS: Presiden Joe Biden tersungkur selepas selesai menyerahkan skrol terakhir pada majlis konvokesyen graduan diploma di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), semalam.

Biden, 80, bagaimanapun segera bangun dan berjalan menuju ke kerusinya dan ia dipercayai berpunca akibat tersadung.

Ketika kejadian, Biden sempat menahan dirinya menggunakan tangan, sebelum bangun dengan bantuan tiga pembantunya dan berjalan semula tanpa sebarang bantuan.

Biden turut menunjukkan sesuatu kepada pembantunya, dipercayai puncanya tersadung, sebelum kembali tersenyum ketika berbual dengan pegawainya sambil mengangkat ibu jari, menandakan beliau dalam keadaan baik.

Ia berlaku selepas ucapan perasmiannya yang memberi amaran kepada graduan mengenai situasi mereka bakal memulakan perkhidmatan dalam keadaan dunia semakin tidak stabil, memetik cabaran dari Russia dan China.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Rumah Putih, Ben LaBolt menerusi ciapannya di Twitter berkata, Biden dalam keadaan baik, selain menjelaskan terdapat beg pasir di pentas ketika Presiden bersalaman.

Biden adalah pemimpin tertua menerajui Pejabat Oval, bertanding pada pemilihan semula tahun depan dengan tinjauan menunjukkan rakyat AS bimbang republik itu ditadbir presiden berusia 75 tahun ke atas.

Pesaingnya yang juga bekas Presiden, Donald Trump bakal memasuki usia 77 tahun, bulan ini.

Doktor memaklumkan Biden dalam keadaan sihat dan cergas untuk berkhidmat selepas melalui pemeriksaan fizikal, pada Februari lalu.

Beliau antara lain memaklumkan Presiden tidak akan mengambil minuman beralkohol atau produk tembakau, selain perlu bersenam ‘sekurang-kurangnya lima kali seminggu’.

Biden sebelum ini, dilaporkan terjatuh ketika menunggang basikal, berhampiran rumah pantainya di Delaware, namun tidak mengalami sebarang kecederaan, pada 19 Jun tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending