Connect with us

Antarabangsa

Polis Indonesia berkas hampir 500 suspek pemerdagangan manusia

Polis Indonesia menangkap hampir 500 suspek yang terlibat memperdagangkan lebih 1,500 mangsa pada bulan ini, kata beberapa pegawai hari ini, ketika Jakarta melancarkan operasi membanteras penyeludupan manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Polis Indonesia berkas hampir 500 suspek pemerdagangan manusia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Indonesia menangkap hampir 500 suspek terlibat memperdagangkan lebih 1,500 mangsa.
  • Indonesia merupakan negara pengeskport imigran terbesar di Asia Tenggara beratus-ratus ribu orang dari kawasan miskin di kepulauan berkenaan meninggalkan tanah air melalui laluan tidak rasmi setiap tahun untuk mencari pekerjaan menawarkan gaji lebih tinggi.
  • Jurucakap polis nasional, Ahmad Ramadhan berkata pihak berkuasa telah menyelamatkan 1,553 mangsa dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum mereka diseludup keluar dari Indonesia.
  • Ramai mangsa diselamatkan dari tempat perlindungan haram dalam laluan untuk diseludup keluar sebagai pembantu rumah, kru bot atau pelacur dengan sebilangan kes eksploitasi kanak-kanak turut dikesan.

JAKARTA – Polis Indonesia menangkap hampir 500 suspek yang terlibat memperdagangkan lebih 1,500 mangsa pada bulan ini, kata beberapa pegawai hari ini, ketika Jakarta melancarkan operasi membanteras penyeludupan manusia.

Indonesia merupakan antara negara pengeskport imigran terbesar di Asia Tenggara dengan beratus-ratus ribu orang dari kawasan miskin di kepulauan berkenaan meninggalkan tanah air melalui laluan tidak rasmi setiap tahun untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Sebilangan kes mengejutkan telah mengetengahkan masalah penyeludupan manusia sejak beberapa tahun lalu sehingga mendorong polis menubuhkan sebuah pasukan bertindak pada bulan ini untuk meningkatkan usaha mengekang eksploitasi rakyat Indonesia. 

Jurucakap polis nasional, Ahmad Ramadhan memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa telah menyelamatkan 1,553 mangsa dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum mereka diseludup keluar dari Indonesia.

“Dalam jangka masa waktu singkat ini, kami berjaya menyelamatkan begitu ramai orang tetapi lebih ramai yang sudah meninggalkan Indonesia,” kata Ahmad Ramadhan.

Menurutnya, antara 5 Jun hingga 18 Jun lalu, polis memberkas seramai 494 suspek, manakala lima penyeludup manusia utama masih diburu.

Ramai mangsa diselamatkan dari tempat perlindungan haram dalam laluan untuk diseludup keluar sebagai pembantu rumah, kru bot atau pelacur dengan sebilangan kes eksploitasi kanak-kanak turut dikesan.

Advertisement

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, antara 100,000 ribu hingga sejuta orang dijual untuk bekerja sebagai pelacur atau buruh paksa pada setiap tahun di Indonesia. 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending