Connect with us

Terkini

Pengesahan Secure2u Maybank dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai

Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan, kata Malayan Banking Bhd (Maybank).

Wartawan TMT

Published

on

Pengesahan Secure2u Maybank dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan, kata Malayan Banking Bhd (Maybank).
  • Menurutnya pemindahan ke Secure2u telah selesai untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil dan transaksi DuitNow, FPX dan IBG dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem perbankan dalam talian dan melindungi pelanggan.
  • Dalam kenyataan hari  ini, Maybank memaklumkan sedia memberikan sokongan penuh di samping telah melengkapkan pelaksanaan langkah-langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Khairussaleh Ramli berkata pelanggan adalah keutamaan bank itu, sekali gus mengambil serius terhadap keselamatan platform perbankan dalam talian.

KUALA LUMPUR: Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan, kata Malayan Banking Bhd (Maybank).

Menurutnya pemindahan ke Secure2u telah selesai untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil dan transaksi DuitNow, FPX dan IBG dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem perbankan dalam talian dan melindungi pelanggan.

Dalam kenyataan hari  ini, Maybank memaklumkan sedia memberikan sokongan penuh di samping telah melengkapkan pelaksanaan langkah-langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Khairussaleh Ramli berkata pelanggan adalah keutamaan bank itu, sekali gus mengambil serius terhadap keselamatan platform perbankan dalam talian.

“Kami telah melaksanakan beberapa inisiatif proaktif untuk membendung peningkatan penipuan dan melindungi akaun pelanggan kami, seperti membenarkan hanya satu akses Maybank2u setiap peranti pada Aplikasi MAE sejak dilancarkan pada Oktober 2020,” katanya.

Maybank turut mengingatkan pelanggan untuk sentiasa melindungi maklumat perbankan dalam talian  dan tidak berkongsi kata laluan dengan rakan atau keluarga.

Pelanggan juga diingatkan untuk berwaspada dan mengamalkan etika perbankan dalam talian yang baik antaranya mengelakkan pemasangan atau memuat turun aplikasi/fail Android Package Kit (APK) dan berwaspada jika diminta untuk memuat turun fail yang tidak serasi dengan peranti yang digunakan, contohnya peranti Apple diminta untuk memuat turun fail APK.

Pelanggan boleh menghubungi talian hotline Perkhidmatan Pelanggan Kumpulan Maybank di [email protected] atau 1-300-88-6688 untuk makluman lanjut berhubung penggunaan Secure2u di Aplikasi MAE.

Untuk memuat turun aplikasi MAE pula, layari www.maybank2u.com.my/MAE atau taip masuk’ Aplikasi MAE’ di Apple AppStore atau Google PlayStore.

Sumber: BuletinTV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending