Connect with us

Terkini

OPR naik: Bank untung, rakyat tanggung beban

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) walaupun hanya sebanyak satu peratus, akan menyebabkan bank memperoleh kira-kira RM12 bilion setahun.

Wartawan TMT

Published

on

OPR naik: Bank untung, rakyat tanggung beban
Foto: Isham Jalil.
  • Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) walaupun hanya sebanyak satu peratus, akan menyebabkan bank memperoleh kira-kira RM12 bilion setahun.
  • Ini bermakna bank akan memperoleh kira-kira RM1 bilion sebulan daripada 10 juta peminjam di negara ini. – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil 
  • “Apabila kadar OPR naik dan gaji kita tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup, ini hanya akan memburukkan lagi inflasi. “
  • “Saya tidak fikir kerajaan pun mengutip RM1 bilion sebulan. Apakah rasional Bank Negara jika mereka benar-benar melakukannya?” 
  • BNM pada Disember lalu dilaporkan akan naikkan kadar OPR daripada 2.75 peratus kepada 3.25 peratus pada Januari 2023 untuk terus menyelaraskan semula trend pengetatkan monetari global dan untuk mengekang inflasi teras yang terus meningkat.

KUALA LUMPUR – Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) walaupun hanya sebanyak satu peratus, akan menyebabkan bank memperoleh kira-kira RM12 bilion setahun.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, ini bermakna bank akan memperoleh kira-kira RM1 bilion sebulan daripada 10 juta peminjam di negara ini.

Bagaimanapun katanya, kesan yang lebih besar akan dirasai oleh rakyat apabila kenaikan dan gaji tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

“Ini bermakna purata peminjam kena bayar RM100 sebulan. Apabila Bank Negara Malaysia (BNM) naikkan OPR, bermakna ia akan menaikkan perbelanjaan kita sebanyak RM100 sebulan.

“Apabila kadar OPR naik dan gaji kita tidak dapat mengimbangi kenaikan kos sara hidup, ini hanya akan memburukkan lagi inflasi. Perniagaan perlu membayar lebih untuk sewa dan pengguna juga perlu melakukan perkara yang sama dengan ‘mortgages’ (gadai janji) mereka.

“Saya tidak fikir kerajaan pun mengutip RM1 bilion sebulan. Apakah rasional Bank Negara jika mereka benar-benar melakukannya?” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari Ketua Penerangan UMNO Malaysia bersama Agensi Media di Pusat Dagangan Dunia pada Khamis.

CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) pada 30 Disember lalu menjangkakan dua lagi kenaikan OPR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, berbanding 2.75 peratus sekarang berikutan tekanan inflasi dijangka kekal pada 2023.

Manakala BNM pada Disember lalu dilaporkan akan menaikkan kadar OPR daripada 2.75 peratus kepada 3.25 peratus pada Januari 2023 untuk terus menyelaraskan semula trend pengetatkan monetari global dan untuk mengekang inflasi teras yang terus meningkat.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending