Connect with us

Antarabangsa

Penggubal undang-undang AS tuntut pengawal selia sistem perbankan atasi diskriminasi ke atas Muslim

Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggesa pengawal selia perbankan di negara itu memberikan akses perbankan yang sama rata untuk komuniti Islam di sana.

Wartawan TMT

Published

on

Penggubal undang-undang AS tuntut pengawal selia sistem perbankan atasi diskriminasi ke atas Muslim
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ahli Kongres AS Ilhan Omar, Senator Elizabeth Warren bersama Senator Ed Markey dan anggota kongres Rashida Tlaib serta Joyce Beatty mengemukakan tuntutan itu menerusi satu surat ditujukan kepada Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dan beberapa ketua pengawal selia perbankan lain.
  • “Tidak terkira individu, perniagaan dan badan amal AS jadi mangsa dasar dan amalan diskriminasi yang nampaknya mengehadkan akses mereka kepada perkhidmatan kewangan kerana agama atau asal negara mereka”.
  • Peningkatan aplikasi pembayaran mudah alih termasuk Venmo, menyebabkan pembayaran atau transaksi guna perkataan ‘Palestin’ atau ‘Palestin’ bersama frasa ‘dana bantuan’ akan disekat.
  • Pada 2020, seorang wanita di Chicago berkata transaksinya di Venmo disekat kerana menggunakan “Ameen” dalam keterangannya.

Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggesa pengawal selia perbankan di negara itu memberikan akses perbankan yang sama rata untuk komuniti Islam di sana.

Mereka menuntut dasar mendiskriminasi warga Muslim AS dan golongan pendatang dalam akses perbankan dinilai semula. 

Ahli Kongres AS Ilhan Omar, Senator Elizabeth Warren bersama Senator Ed Markey dan anggota kongres Rashida Tlaib serta Joyce Beatty mengemukakan gesaan itu menerusi satu surat ditujukan kepada Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dan beberapa ketua pengawal selia perbankan lain.

Intipati surat menyatakan, “Tidak terkira individu, perniagaan dan badan amal AS menjadi mangsa dasar dan amalan diskriminasi yang nampaknya mengehadkan akses mereka kepada perkhidmatan kewangan kerana agama atau asal negara mereka.

“Ramai Muslim dan Arab, Timur Tengah dan Asia Selatan Amerika, semata-mata kerana hubungan mereka – nyata atau dirasakan – telah terputus secara sistematik daripada perkhidmatan kewangan”.

Surat itu juga mendakwa menghantar wang ke luar negara atau mengumpul wang untuk badan amal adalah sukar bagi sesetengah umat Islam di Amerika Syarikat kerana wujudnya undang-undang sekatan.

Middle East Eye dalam laporannya memaklumkan mengenai peningkatan aplikasi pembayaran mudah alih termasuk Venmo, menyebabkan pembayaran atau transaksi yang menggunakan perkataan ‘Palestin’ atau ‘Palestin’ bersama frasa ‘dana bantuan’ akan disekat.

“Dalam beberapa kes, kerajaan AS mencemarkan reputasi badan amal Muslim, pertubuhan masyarakat Islam dan sekutu badan amal Muslim tanpa memberi pertubuhan dan individu ini sebarang peluang untuk membersihkan nama mereka di mahkamah,” kata kenyataan yang dipetik dari laporan American Civil Liberties Union pada 2009.

Pelulusan Akta Patriot 2001 juga membawa kepada perubahan dalam undang-undang perbankan AS, yang dikenali sebagai Akta Rahsia Bank, dan memerlukan bank dan institusi kewangan lain memantau akaun untuk aktiviti yang mencurigakan.

Undang-undang itu dilihat seolah menyasarkan orang Islam dan kebanyakannya daripada masyarakat Arab, Timur Tengah dan Asia Selatan.

Bagaimanapun, Venmo, yang dimiliki PayPal, berhujah bahawa ia menyekat transkasi berdasarkan polisi sekatan yang dikeluarkan Pejabat Kawalan Aset Asing Jabatan Perbendaharaan, namun orang Islam menegaskan sekatan itu bukan hanya dikenakan ke atas nama negara sasaran sekatan sahaja.

Pada 2019, seorang wanita di Brooklyn berkata transaksinya disekat untuk semakan kerana menggunakan perkataan “al-Aqsa”, iaitu nama restoran Bangladesh yang pernah dia kunjungi bersama rakan-rakan.

Pada 2020, seorang wanita di Chicago berkata transaksinya di Venmo disekat kerana menggunakan “Ameen” dalam keterangannya.

Surat daripada penggubal undang-undang itu menyeru ketua-ketua perbankan untuk menyatakan langkah pembetulan yang akan dilaksanakan dan meminta maklum balas dalam tempoh 30 hari.

Sumber : Middle East Eye

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending