Connect with us

Antarabangsa

PBB kecam Russia halang bantuan kemanusiaan ke timur Ukraine

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Russia yang enggan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah timur Ukraine yang dikuasai tenteranya.

Wartawan TMT

Published

on

PBB kecam Russia halang bantuan kemanusiaan ke timur Ukraine
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Russia yang enggan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah timur Ukraine yang dikuasai tenteranya.
  • Penyelaras Bantuan Kemanusiaan PBB ke Ukraine, Denise Brown dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini permohonan memasuki kawasan yang terjejas susulan kerosakan Empangan Kakhovka masih tidak diluluskan.
  • “Kerajaan Persekutuan Russia setakat ini menolak permintaan kami untuk mengakses kawasan di bawah kawalan tentera sementaranya,” katanya.
  • Menurut Brown, PBB tetap berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terlibat dan menggesa Moscow supaya bertindak mengikut lunas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Sabtu lalu, pegawai di kawasan yang dikuasai Russia mengumumkan, jumlah kematian akibat kemusnahan empangan tersebut meningkat kepada 29 orang, manakala pihak berkuasan Ukraine memberitahu jumlah yang terbunuh di wilayahnya meningkat kepada 16 orang dengan 31 orang masih hilang.

MOSCOW: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Russia yang enggan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah timur Ukraine yang dikuasai tenteranya.

Penyelaras Bantuan Kemanusiaan PBB ke Ukraine, Denise Brown dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini permohonan memasuki kawasan yang terjejas susulan kerosakan Empangan Kakhovka masih tidak diluluskan.

“Kerajaan Persekutuan Russia setakat ini menolak permintaan kami untuk mengakses kawasan di bawah kawalan tentera sementaranya,” katanya.

Menurut Brown, PBB tetap berusaha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk terlibat dan menggesa Moscow supaya bertindak mengikut lunas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sabtu lalu, pegawai di kawasan yang dikuasai Russia mengumumkan, jumlah kematian akibat kemusnahan empangan tersebut meningkat kepada 29 orang, manakala pihak berkuasan Ukraine memberitahu jumlah yang terbunuh di wilayahnya meningkat kepada 16 orang dengan 31 orang masih hilang.

Ukraine dan Russia saling menuding jari menyalahkan satu sama lain sebagai dalang yang bertanggungjawab meletupkan empangan di Sungai Dnipro.

Kemusnahan Empangan Kakhovka pada 6 Jun lalu menenggelamkan kawasan di wilayah Kherson di bawah kawalan Russia dan Ukraine, memaksa ribuan penduduk melarikan diri sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana alam sekitar.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending