Connect with us

Terkini

Motac pertimbang bak kut teh masuk senarai warisan kebangsaan

Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) bakal mempertimbangkan makanan tradisional kaum cina, bak kut teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.

Wartawan TMT

Published

on

Motac pertimbang bak kut teh masuk senarai warisan kebangsaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) bakal mempertimbangkan makanan tradisional kaum cina, bak kut teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.
  • Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.
  • Beliau berkata, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak ku teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar terutamanya.
  • “Saya akan memaklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan Asean dan pengkomersialan untuk warisan dunia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Serdang: Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) bakal mempertimbangkan makanan tradisional kaum cina, bak kut teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.

Beliau berkata, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak ku teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar terutamanya.

“Saya akan memaklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius.

“Sudah tentu jika bak kut teh babi, kita akan meminta orang bukan Islam mencubanya.

“Sebenarnya kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut atau kambing.

“Jika ramuannya halal, kita akan bagi untuk yang halal mencubanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan Asean dan pengkomersialan untuk warisan dunia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Bengkel yang bertemakan ‘Mengglobalkan Makanan Warisan Asean’ itu memberi tumpuan kepada pentingnya memelihara teknik pembungkusan makanan warisan dan meneroka peluang untuk memasarkan produk makanan unik ini di pasaran global dalam mencipta peluang pertumbuhan ekonomi industri makanan rantau ini.

Pada 7 Jun lalu, ia menjadi tumpuan di Dewan Rakyat selepas kewajarannya diangkat sebagai makanan kebangsaan dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.

Ia susulan pertanyaan daripada Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau-PH) berhubung usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan ketika menjawab pertanyaan itu menjelaskan makanan yang dimasukkan di dalam makanan warisan seharusnya yang boleh dimakan dan dirasai semua kaum di negara ini.

Ketika ditanya mengenai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2025, Tiong King berkata, acara berkenaan akan ditunda kepada 2026 memandangkan banyak negara yang baharu sahaja membuka pintu sempadan dan memerlukan masa untuk aktiviti pelancongan luar.

Selain itu, katanya Motac juga berada di landasan yang betul untuk mencatatkan kehadiran lima juta pelancong ke Malaysia pada suku pertama ini.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending