Terkini
Terma kaum Cina “pendatang” tidak sedap didengar – Apek Cina
Seorang peguam berbangsa Cina berkata terma “pendatang” yang sering dilabelkan ke atas kaumnya di negara ini adalah perkara yang tidak sedap didengar kelompok itu.
- Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ berkata secara fakta kaum Cina daripada generasi kedua, termasuk beliau sendiri, sememangnya adalah cucu kepada pendatang kerana moyang beliau berasal dari China.
- Bagaimanapun, Zee How mempersoalkan mengapa beliau dilabel sebagai pendatang hanya kerana moyangnya adalah seorang pendatang sedangkan beliau lahir dan membesar di negara ini.
- Dalam masa yang sama, Apek Cina menyuarakan kekhuatiran kaumnya dilabel sebagai pendatang berkemungkinan disebabkan sifat sedemikian memang ada ditonjolkan segelintir kaumnya.
- “Contohnya, ramai anak muda sekarang berbanding zaman dulu dah fasih cakap bahasa kebangsaan contradict to popular belief cumanya macam nenek saya boleh cakap sepatah dua bahasa Melayu tapi bahasa Cina pun dia tak boleh cakap hanya boleh cakap Hakka, Hokkien itu saja, bahasa Cina pun tak boleh, bahasa Inggeris pun tak boleh kalau dia itu tak faham bahasa Melayu itu bolehlah diampun.
- “Tapi kalau budak hari ini saya kata itu sifat-sifat pendatang lah mungkin segelintir, tapi dalam lensa ataupun kanta sosial media itu seolah-olah satu Malaysia punya Cina tak boleh cakap macam saya fasih tak fasih sangatlah tapi boleh fahamkan? Saya kata majoriti kaum Cina umur saya sebaya saya sefasih saya,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times malam tadi.
- Zee How mengulas pertanyaan berkenaan sama ada terma pendatang mengguriskan hati beliau dan kelompok Cina.
KUALA LUMPUR — Seorang peguam berbangsa Cina berkata terma “pendatang” yang sering dilabelkan ke atas kaumnya di negara ini adalah perkara yang tidak sedap didengar kelompok itu.
Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ berkata secara fakta kaum Cina daripada generasi kedua, termasuk beliau sendiri, sememangnya adalah cucu kepada pendatang kerana moyang beliau berasal dari China.
Bagaimanapun, Zee How mempersoalkan mengapa beliau dilabel sebagai pendatang hanya kerana moyangnya adalah seorang pendatang sedangkan beliau lahir dan membesar di negara ini.
Dalam masa yang sama, Apek Cina menyuarakan kekhuatiran kaumnya dilabel sebagai pendatang berkemungkinan disebabkan sifat sedemikian memang ada ditonjolkan segelintir kaumnya.
“Contohnya, ramai anak muda sekarang berbanding zaman dulu dah fasih cakap bahasa kebangsaan contradict to popular belief cumanya macam nenek saya boleh cakap sepatah dua bahasa Melayu tapi bahasa Cina pun dia tak boleh cakap hanya boleh cakap Hakka, Hokkien itu saja, bahasa Cina pun tak boleh, bahasa Inggeris pun tak boleh kalau dia itu tak faham bahasa Melayu itu bolehlah diampun.
“Tapi kalau budak hari ini saya kata itu sifat-sifat pendatang lah mungkin segelintir, tapi dalam lensa ataupun kanta sosial media itu seolah-olah satu Malaysia punya Cina tak boleh cakap macam saya fasih tak fasih sangatlah tapi boleh fahamkan? Saya kata majoriti kaum Cina umur saya sebaya saya sefasih saya,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam tadi.
Zee How berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berkenaan sama ada terma pendatang mengguriskan hati beliau dan kelompok Cina.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle sebagai panel.
Mengulas berkenaan dari mana asal dan asas timbulnya persepsi minoriti dizalimi di negara ini, Zee How memaklumkan beliau tidak merasa ditindas dan tidak bersetuju dengan persepsi sedemikian, tetapi beliau ingin memberikan contoh mengapa ada kelompok minoriti yang merasakan mereka ditindas.
Antara contohnya adalah ada kelompok tidak mendapat biasiswa dan penempatan di matrikulasi atau program kegemaran hanya kerana individu itu bukan Bumiputera selain tidak dapat membina sebarang benda dari kontrak kerajaan kerana berstatus bukan Bumiputera.
“…ini lah kenapa orang rasa dia ditindas dia tak boleh lakukan sebab dia bukan Bumiputera… Memang ada asas asal usulnya tapi tepatlah sebab mereka ini ada satu pemikiran yang telah dikongkong sejak lama bahawa mereka ditindas.
“…Hakikatnya berlandaskan praktis antarabangsa antara kaum antara mana-mana di mana satu negara memiliki majoriti adalah watan, Malaysia adalah negara yang memberi paling kesenangan yang maksima kepada minoriti.
“Kalau menerusi dari segi (konteks) individu budak itu kalau dia dilahirkan sebagai orang Cina ataupun India di sebuah kawasan yang tidak begitu kaya, bapa dia tak begitu berada dan dia belajar bersungguh-sungguh dapat 9A tapi dia tak dapat biasiswa tapi kawan dia Bumiputera 7A sahaja lepas itu kamu bagitau budak itu, “sebab kamu bukan anak Bumiputera”, nak salahkan kamu bukan anak Bumiputera itulah kalau nak jelaskan budak ini macam mana nak jelaskan, “saya susah tak dapat tapi dia (budak Bumiputera 7A) tak bekerja susah tapi dapat”.
“Inilah di mana perasaan ketidakadilan itu dilahirkan tapi orang capitalise ambil satu cerita dua cerita dan buat besar-besaran, “ah kita dizalimi, kami dizalimi, kamu dizalimi”, tapi kalau ambil konteks sejarah ambil konteks perlembagaan seperti YB tadi kata Fasal 153 (Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada kontrak sosial) ini one to ten pun kena jaga itu betul tapi orang hanya suka petik apa yang dia nak tu take out of konteks itulah apa rasanya (buatkan dia rasa) dia ditindas,” katanya. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina