Terkini
Mohd Na’im perjelas isu B40, M40 bayar kos penuh haji
Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
- Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
- “Apabila ada kekosongan, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.
- “Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ini ialah mereka yang ada kemampuan atau istito’ah (membayar jumlah penuh),” katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah di Makkah.
- Bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40.
MAKKAH — Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
“Apabila ada kekosongan, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.
“Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ini ialah mereka yang ada kemampuan atau istito’ah (membayar jumlah penuh),” katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah di sini.
Beliau menjawab soalan diajukan seorang jemaah haji wanita bertanyakan mengapa jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos haji seperti golongan T20.
Bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40.
Dalam sidang media selepas itu, Mohd Na’im menjelaskan terdapat 60,000 pendeposit TH yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh berkenaan, namun tidak terpilih.
“Bayangkan kalau mereka yang merayu ini potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan ada yang lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan,” katanya.
Selain itu, beliau berkata terdapat 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini menolak bantuan kewangan haji dengan membayar kos penuh kerana mengetahui bahawa istito’ah sebagai asas kewajipan haji.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 bakal haji tiba di Jeddah pada malam tadi.
Beliau turut memaklumkan terdapat 56 jemaah haji dirawat di wad pusat rawatan TH dan lima di fasiliti kesihatan Arab Saudi.
Dalam pada itu, seorang jemaah haji wanita berusia 75 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 19 Jun lepas, menjadikan dua jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia