Connect with us

Terkini

Luluskan segera RUU kawalan produk merokok, GEG – Pusat Racun Negara USM

Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) menggesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.

Hidayah Sani

Published

on

Luluskan segera RUU kawalan produk merokok, GEG – Pusat Racun Negara USM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) gesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.
  • “Kewujudan rokok elektronik jenis pakai buang yang mudah digunakan sesiapa sahaja, ditambah dengan perisa makanan seperti buah-buahan atau pun gula-gula serta formulasi baru nikotin dalam bentuk garam nikotin yang berkepekatan tinggi serta mengurangkan rasa tidak selesa (harsh) atau pahit nikotin.
  • “Ia menjadikan rokok elektronik satu pakej yang menarik golongan tidak merokok terutamanya kanak-kanak untuk mencuba rokok elektronik dan berisiko untuk mengalami keracunan. Inilah buktinya!” katanya pada Selasa lalu.

KUALA LUMPURPusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) menggesa kerajaan bertindak segera mengawal rokok elektronik dan nikotin bagi mengelakkan lebih banyak insiden kanak-kanak keracunan nikotin akibat vape.

Menerusi hantaran di Facebook, PRN USM menegaskan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok dan Dasar Generasi Penamat (GEG) tidak boleh ditangguhkan lagi serta perlu diluluskan segera.

Ia susulan insiden membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan keracunan nikotin dalam rokok elektronik yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad lalu.

Menurutnya, nikotin adalah sejenis dadah psikoaktif yang toksik dan menagihkan serta perlu dikawal ketat penggunaannya. 

“Kewujudan rokok elektronik jenis pakai buang yang mudah digunakan sesiapa sahaja, ditambah dengan perisa makanan seperti buah-buahan atau pun gula-gula serta formulasi baru nikotin dalam bentuk garam nikotin yang berkepekatan tinggi serta mengurangkan rasa tidak selesa (harsh) atau pahit nikotin.

“Ia menjadikan rokok elektronik satu pakej yang menarik golongan tidak merokok terutamanya kanak-kanak untuk mencuba rokok elektronik dan berisiko untuk mengalami keracunan. Inilah buktinya!” katanya pada Selasa lalu.

Terbaharu, dilaporkan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini untuk bacaan kali pertama.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM pada 26 Mei lalu mengemukakan memo Jemaah Menteri kepada Kabinet dan telah mendapatkan sokongan untuk RUU itu dibentangkan.

Pada masa sama, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) dan 44 persatuan gabungannya dilaporkan merayu KKM untuk mempertimbangkan semula pembentangan RUU GEG terhadap individu yang lahir selepas 2007.

Presiden MSCSPGA, Wong Teu Hoon berkata, RUU itu tidak boleh dibentang secara terburu-buru kerana ia belum sempurna dan masih banyak perkara yang perlu diteliti semula sekaligus menggagalkan objektif mengurangkan jumlah perokok. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Pusat Racun Negara

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending