Connect with us

Terkini

Kritikan Umno, PH akan pengaruhi ‘langkah’ saya – KJ

Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.

Wartawan TMT

Published

on

Kritikan Umno, PH akan pengaruhi ‘langkah’ saya – KJ
Foto: Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
  • Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.
  • Khairy, yang dipecat Umno pada Januari, menegaskan Bersatu dan PAS tidak pernah bercakap perkara negatif mengenai dirinya.
  • “Secara peribadi, Bersatu dan PAS tidak benar-benar bercakap apa-apa yang buruk mengenai saya. Tapi, kalau anda lihat komen Umno dan PH atau orang PH, ia bukan kritikan yang adil, ia adalah peribadi.
  • “Pada tahap psikologi, mungkin akan mempengaruhi tindakan saya selepas ini,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.

Khairy, yang dipecat Umno pada Januari, menegaskan Bersatu dan PAS tidak pernah bercakap perkara negatif mengenai dirinya.

“Secara peribadi, Bersatu dan PAS tidak benar-benar bercakap apa-apa yang buruk mengenai saya. Tapi, kalau anda lihat komen Umno dan PH atau orang PH, ia bukan kritikan yang adil, ia adalah peribadi.

“Pada tahap psikologi, mungkin akan mempengaruhi tindakan saya selepas ini,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.

Sebelum ini, Muhyiddin Yassin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas dipecat Umno.

Bagaimanapun, Khairy yang masih tidak berparti dilihat lebih selesa “mengunci mulut” mengenai masa depan politik walaupun sudah ditawarkan menyertai Bersatu.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending