Connect with us

Antarabangsa

Konflik Sudan: Puak militia, RSF tembak mati orang awam

Rakyat Sudan yang melarikan diri dari El Geneina, sebuah bandar di Darfur, ditembak dan dibunuh ketika mereka berjalan kaki ke Chad sejak pertengahan minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Konflik Sudan: Puak militia, RSF tembak mati orang awam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Sudan yang melarikan diri dari El Geneina, sebuah bandar di Darfur, ditembak dan dibunuh ketika mereka berjalan kaki ke Chad sejak pertengahan minggu lalu.
  • Keganasan di El Geneina sejak dua bulan lalu didorong oleh militia dari puak nomad Arab, bersama pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), iaitu puak tentera yang terlibat dalam perebutan kuasa dengan Angkatan Tentera Sudan di ibu negara, Khartoum.
  • Sebilangan besar rakyat Sudan cuba mendapatkan perlindungan berhampiran ibu pejabat tentera di El Geneina pada 14 Jun tetapi disekat, kata Ibrahim, seorang penduduk yang berjaya ke bandar Adre Chadian, kira-kira 27 km dari El Geneina.
  • Badan amal perubatan, MSF berkata, kira-kira 15,000 orang telah melarikan diri dari Darfur Barat sejak empat hari sebelumnya, dan mereka melaporkan ramai orang ditembak dan dibunuh ketika mereka cuba melarikan diri dari El Geneina.
  • Keputusan untuk melarikan diri dari El Geneina dibuat selepas Gabenor Negeri Darfur Barat terbunuh pada 14 Jun, beberapa jam selepas dia menuduh RSF dan militia bersekutu melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam satu wawancara TV, kata Ibrahim.

KHARTOUM – Rakyat Sudan yang melarikan diri dari El Geneina, sebuah bandar di Darfur, ditembak dan dibunuh ketika mereka berjalan kaki ke Chad sejak pertengahan minggu lalu.

Keganasan di El Geneina sejak dua bulan lalu didorong oleh militia dari puak nomad Arab, bersama pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), iaitu puak tentera yang terlibat dalam perebutan kuasa dengan Angkatan Tentera Sudan di ibu negara, Khartoum.

Sebilangan besar rakyat Sudan cuba mendapatkan perlindungan berhampiran ibu pejabat tentera di El Geneina pada 14 Jun tetapi disekat, kata Ibrahim, seorang penduduk yang berjaya ke bandar Adre Chadian, kira-kira 27 km dari El Geneina.

Badan amal perubatan, MSF berkata, kira-kira 15,000 orang telah melarikan diri dari Darfur Barat sejak empat hari sebelumnya, dan mereka melaporkan ramai orang ditembak dan dibunuh ketika mereka cuba melarikan diri dari El Geneina.

Keputusan untuk melarikan diri dari El Geneina dibuat selepas Gabenor Negeri Darfur Barat terbunuh pada 14 Jun, beberapa jam selepas dia menuduh RSF dan militia bersekutu melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam satu wawancara TV, kata Ibrahim.

“Selepas orang ramai mengetahui Gabenor diculik dan dibunuh, orang ramai memutuskan untuk meninggalkan bandar itu,” katanya.

Peperangan yang meletus pada April telah membunuh kira-kira 2.2 juta orang, menurut data PBB, terutamanya dari ibu negara dan dari Darfur, yang sudah mengalami konflik selama dua dekad dan pemindahan besar-besaran.

Lebih 500,000 rakyat Sudan menyeberang ke negara jiran, termasuk lebih 115,000 yang telah melarikan diri dari Darfur ke Chad.

Gencatan senjata selama 72 jam yang diusahakan oleh Arab Saudi dan AS, yang akan tamat awal pagi Rabu, berjaya meredakan pertempuran di Khartoum, walaupun penduduk melaporkan bahawa rompakan semakin berleluasa.
Pergolakan di Darfur telah memuncak dan bersifat etnik apabila penyerang menyasarkan penduduk bukan Arab berdasarkan warna kulit mereka, kata saksi.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending