Connect with us

Terkini

KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor- Exco

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor dengan menghantar doktor dan jururawat ke dua hospital utama di negeri itu.

Wartawan TMT

Published

on

KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor- Exco
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor dengan menghantar doktor dan jururawat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, “Perbincangan dengan KMM semalam adalah sangat positif, mereka akan cuba bantu Johor khususnya kedua-dua hospital utama (HSA dan HSI) untuk tambah staf kesihatan dari segi doktor dan jururawat.”
  • Beliau dan pihak KKM mengambil maklum Johor pada ketika ini mengalami isu kekurangan kira-kira 2,800 kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat, yang antaranya turut menyebabkan dua wad di HSI tidak dapat beroperasi.

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor dengan menghantar doktor dan jururawat ke dua hospital utama di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan KKM yang turun padang melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada hari Rabu lalu.

Beliau berkata Johor ketika ini mengalami isu kekurangan kira-kira 2,800 kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat, yang antaranya turut menyebabkan dua wad di HSI tidak dapat beroperasi.

“Perbincangan dengan KKM semalam adalah sangat positif, mereka akan cuba bantu Johor khususnya kedua-dua hospital utama (HSA dan HSI) untuk tambah staf kesihatan dari segi doktor dan jururawat.

“Masalah kekurangan itu turut menyebabkan dua wad di HSI tidak dapat beroperasi. Justeru, pihak KKM beri jaminan kepada Johor, mereka akan bantu untuk hantar doktor dan jururawat secukupnya, bagi memastikan keutamaan dua wad itu dapat beroperasi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini. Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ling berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menghadapi isu kekurangan kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di hospital-hospital awam di seluruh Johor bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di negeri itu.

Advertisement

Beliau berkata isu tersebut, merupakan antara isu legasi yang mahu diselesaikannya selain masalah kesesakan di pintu sempadan negara dan kerosakan jalan.

Semalam, Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook beliau menyeru kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor pada kadar segera.

Terdahulu Onn Hafiz sempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2023, turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM200,000 untuk dimanfaatkan seramai lebih 8,000 jururawat di negeri itu.

Sumber: Bernama

Author

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending