Connect with us

Terkini

Kerajaan kekal pendirian tidak tambat Ringgit

Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menambat ringgit dalam usaha menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruknya kepada rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan kekal pendirian tidak tambat Ringgit
Foto: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menambat ringgit dalam usaha menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruknya kepada rakyat.
  • Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari dan seterusnya memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus.
  • “Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, ini kan pulak (jika) dinaikkan kepada 5.25 peratus.
  • “Satu lagi keburukan (menambat ringgit), kawalan aliran modal tidak akan bebas kerana keluar masuk pelaburan asing ke dalam negara kita akan dikawal. Apabila kita tambat nilai ringgit, maka ini menjejaskan keyakinan dan daya saing negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menambat ringgit dalam usaha menangani penyusutan nilainya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kesan buruknya kepada rakyat.

Ketika menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tindakan menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang keupayaan untuk meneruskan dasar monetari dan seterusnya memaksa Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap sama seperti kadar faedah Amerika Syarikat yang kini di ambang 5.00-5.25 peratus.

“Alangkan OPR kita pada 3.00 peratus rakyat sudah rasa amat tidak selesa, ini kan pulak (jika) dinaikkan kepada 5.25 peratus.

“Satu lagi keburukan (menambat ringgit), kawalan aliran modal tidak akan bebas kerana keluar masuk pelaburan asing ke dalam negara kita akan dikawal. Apabila kita tambat nilai ringgit, maka ini menjejaskan keyakinan dan daya saing negara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar sama ada kerajaan akan bertindak menambat ringgit serta punca kejatuhan ringgit dan usaha menanganinya.

Mengulas selanjutnya, Ahmad berkata sebahagian besar daripada kejatuhan kadar pertukaran ringgit pada tempoh terdekat ini didorong oleh pengukuhan dolar AS dan nilai mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China dan peso Filipina turut susut.

“Walaupun terdapat mata wang negara jiran yang menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dolar AS, namun negara-negara tersebut telah mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif,” katanya.

Advertisement

Ahmad berkata Malaysia juga akan memerlukan rizab antarabangsa yang tinggi untuk menjaga tambatan itu seperti nilai yang ditetapkan.

Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan yang penting sebagai penyerap kejutan luaran di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestik

Sehubungan itu, katanya, kerajaan terus komited dan fokus dalam usaha melaksanakan polisi struktural yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang akan menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Ini termasuk menerusi dasar untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti Malaysia menerusi pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (NIP).

“Kerajaan juga akan memastikan kemampanan fiskal dan keadaan makroekonomi yang stabil akan terus terpelihara dengan merumus dasar fiskal jangka sederhana yang teguh, berhemah dan jelas seperti Dasar fiskal, Akta Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan kepada Parlimen tidak lama lagi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata BNM akan mengambil pendekatan untuk memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.

Advertisement

Malah, bagi menangani kemeruapan pasaran pertukaran asing, bank pusat itu akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.

“Risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS juga dapat dikurangkan melalui penggunaan instrumen lindung nilai, penekanan kepada pinjaman luar yang berhemah dan kedalaman pasaran mata wang dalam negara yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending