Terkini
Kementerian luar perjelas persepsi salah mengenai isu triti selat Melaka dan laut Sulawesi
Kementerian Luar hari ini menjelaskan persepsi dan dakwaan salah mengenai isu pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi antara Malaysia dengan Indonesia berhubung Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua negara.

- Menurut kenyataan kementerian, pemeteraian berkenaan dibuat dengan mengambil kira pandangan pakar maritim negara yang diterajui kementerian berkenaan dan dianggotai agensi-agensi teras iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
- Pemeteraian kedua-dua Triti ini merupakan satu milestone kepada Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan hasil proses rundingan selama 18 tahun yang melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
- “Pemeteraian triti-triti tersebut diharap akan terus meningkatkan keyakinan bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) untuk meneruskan rundingan pembatasan persempadanan maritim yang belum diselesaikan terutamanya di ZEE atau zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone) dan pelantar benua,” menurut kenyataan itu.
PUTRAJAYA — Kementerian Luar hari ini menjelaskan persepsi dan dakwaan salah mengenai isu pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi antara Malaysia dengan Indonesia berhubung Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua negara.
Menurut kenyataan kementerian, pemeteraian berkenaan dibuat dengan mengambil kira pandangan pakar maritim negara yang diterajui kementerian berkenaan dan dianggotai agensi-agensi teras iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
“Langkah pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi telah dipersetujui mengambil kira elemen-elemen penyelesaian yang dapat dicapai secara bersesama menggunakan prinsip-prinsip pembatasan sempadan maritim berdasarkan justifikasi perundangan dan teknikal yang kukuh bagi menyelesaikan isu-isu pembatasan sempadan maritim.
“Pemeteraian kedua-dua Triti ini merupakan satu milestone kepada Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan hasil proses rundingan selama 18 tahun yang melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu mengulas mengenai persepi dan dakwaan salah mengenai kedua-dua Triti yang ditandatangani pada 8 Jun di Seri Perdana, Putrajaya meskipun dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 13 Jun lepas.
Kali terakhir Triti seumpama itu dimeterai antara Malaysia dan Indonesia adalah pada 53 tahun yang lalu iaitu Triti 1970.
Menurut kenyataan itu, apabila kedua-dua triti ini mula berkuatkuasa, ia akan memberikan kejelasan dari segi kedaulatan dan bidang kuasa yang membolehkan kedua-dua negara menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan maritim masing-masing secara lebih berkesan.
Di samping itu, aktiviti-aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perikanan dan eksplorasi dan eksploitasi sumber marin dalam zon laut wilayah dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lebih terjamin. “Pemeteraian triti-triti tersebut diharap akan terus meningkatkan keyakinan bagi kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) untuk meneruskan rundingan pembatasan persempadanan maritim yang belum diselesaikan terutamanya di ZEE atau zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone) dan pelantar benua,” menurut kenyataan itu.
Kementerian turut berkongsi fakta-fakta sebenar mengenai kedua-dua Triti tersebut dengan menyatakan Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi mengandungi peruntukan berkenaan dengan persempadanan laut wilayah (territorial sea) antara Malaysia dan Indonesia.
“Secara amnya, laut wilayah adalah bahagian laut yang berdampingan dengan pantai wilayah dan tidak melebihi dua belas (12) batu nautika diukur bermula dari pesisir pantai.
“Triti-triti tersebut tidak meliputi ZEE dan pelantar benua (continental shelf) Malaysia yang merupakan kawasan yang melebihi dan berdampingan dengan laut wilayah Malaysia dan meluas sehingga sejauh 200 batu nautika,” menurut kenyataan itu.
Triti Selat Melaka menetapkan garisan sempadan laut wilayah Malaysia dan laut wilayah Indonesia di kawasan paling selatan Selat Melaka.
Garisan sempadan itu menghubungkan Titik-titik 8A, 8B dan 8C sebagai sambungan kepada Titik 8, yang merupakan titik penghujung kepada garisan sempadan yang telah dipersetujui antara kedua-dua negara pada 17 Mac 1970 di Kuala Lumpur.
“Persetujuan garisan sempadan 1970 dikenali sebagai “Triti antara Republik Indonesia dengan Malaysia berhubung dengan Persempadanan Laut Wilayah Kedua Negara Di Selat Melaka” (Triti 1970).
“Penetapan garis sempadan maritim yang dipersetujui melalui Triti Selat Melaka ini tidak melibatkan kawasan had Pelabuhan Tanjung Pelepas dan kawasan ship-to ship transfer.
“Garis perbatasan persempadanan maritim berkenaan juga terletak di luar tiga (3) batu nautika dari pesisir pantai negeri Johor,” menurut kenyataan itu.
Bagi Triti Laut Sulawesi, menurut kementerian, triti berkenaan menetapkan sempadan separa (partial boundaries) laut wilayah antara Malaysia dan Indonesia di Laut Sulawesi berdasarkan garis sempadan menghubungkan Titik-titik M, B1, B, C dan P.
Garisan sempadan ini belum melengkapi keseluruhan kawasan laut wilayah (full breadth of territorial sea) antara kedua-dua negara di kawasan tersebut memandangkan masih terdapat jurang garis sempadan laut wilayah dari tikas air surut (low water line), iaitu dari timur pesisir pantai Pulau Sebatik ke Titik M.
“Pada masa yang sama, terdapat juga jurang dari Titik P menuju ke arah kawasan ZEE di mana persempadanan di zon tersebut masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.
Malaysia dan Indonesia komited untuk meneruskan rundingan bagi melengkapkan jurang dari tikas air surut ke Titik M, dan juga bagi menetapkan garis sempadan dari tikas air surut ke East Pillar (intertidal area) yang dikira sebagai persempadanan darat di antara Malaysia dan Indonesia secara menyeluruh selewat-lewatnya pada bulan Jun 2024.
Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun 2023 tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE dan pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.
“Dalam erti kata lain, Triti itu tidak melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat.
“Oleh yang demikian, dakwaan-dakwaan yang dibuat sesetengah pihak adalah tidak berasas,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pemimpin Malaysia dan Indonesia telah menugaskan pasukan rundingan pembatasan sempadan maritim masing-masing untuk memulakan rundingan secepat mungkin bagi sempadan-sempadan maritim yang belum dimuktamadkan itu.
“Perlu dijelaskan juga bahawa sepertimana garis sempadan maritim kawasan paling selatan Selat Melaka tidak melibatkan had Pelabuhan Tanjung Pelepas, garis sempadan yang ditetapkan di bawah sempadan separa laut wilayah Laut Sulawesi tidak melibatkan had Pelabuhan Tawau,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas