Connect with us

Terkini

Dakwaan rakyat Malaysia ditahan di penjara Arab Saudi, Kementerian Luar akan keluarkan kenyataan

Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana mengkritik dasar negara itu secara terbuka di media sosial dalam masa terdekat.

Hidayah Sani

Published

on

Dakwaan rakyat Malaysia ditahan di penjara Arab Saudi, Kementerian Luar akan keluarkan kenyataan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana mengkritik dasar negara itu secara terbuka di media sosial dalam masa terdekat.
  • Penahanan lelaki bernama Saifuddin Amri itu dikongsikan pendakwah dan penulis, Addien Abdul Kadir menerusi ciapan di platform X (Twitter) hari ini.
  • “Kita akan keluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat,“ kata pegawai perhubungan awam (PRO) Kementerian Luar ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.
  • “Setidaknya bawa pulang beliau sekeluarga dengan selamat. Tolong Anwar, Wisma Putera dan Zambry (Kadir),” ciap Addien.

KUALA LUMPUR —- Kementerian Luar akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana mengkritik dasar negara itu secara terbuka di media sosial dalam masa terdekat.

Penahanan lelaki bernama Saifuddin Amri itu dikongsikan pendakwah dan penulis, Addien Abdul Kadir menerusi ciapan di platform X (Twitter) hari ini.

“Kita akan keluarkan kenyataan berhubung perkara ini dalam masa terdekat,“ kata pegawai perhubungan awam (PRO) Kementerian Luar ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini hari ini.

Foto : Tangkap layar ciapan Addien di platform X

Terbaharu, tular di media sosial berhubung dakwaan Addien itu yang turut mengatakan maklumat berkenaan penahanan lelaki itu didapati melalui ahli keluarga beliau yang menghubunginya.

Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut tentang alasan penahanan lelaki itu dikemukakan Addien.

“Saifuddin Amri, rakyat Malaysia kita ditahan/dipenjara di Arab Saudi sekarang. Mohon bantuan kerajaan untuk berunding atau bantu apa yang patut.

“Setidaknya bawa pulang beliau sekeluarga dengan selamat. Tolong Anwar, Wisma Putera dan Zambry (Kadir),” ciap Addien.

Beliau berkata lelaki berkenaan berseorangan di Arab Saudi, manakala keluarganya berada di Malaysia. — The Merdeka Times

Advertisement

Sumber : Platform X , Buzzkini

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending