Connect with us

Terkini

Konflik Asia Barat: Wisma Putra buka bilik operasi khas tumpu Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan

Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada keperluan untuk pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di rantau Asia Barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada keperluan untuk pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di rantau Asia Barat.
  • Wisma Putra berkata sehingga semalam, keadaan di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.
  • “Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan.
  • “Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan Asia Barat tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.
  • “Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan di negara-negara terbabit,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu.
  • Iran pada Sabtu lalu melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 13 terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

KUALA LUMPUR ā€“ Kementerian Luar memaklumkan setakat ini tiada keperluan untuk pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di rantau Asia Barat.

Wisma Putra berkata sehingga semalam, keadaan di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

Katanya, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan Kerajaan.

“Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan.

“Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan Asia Barat tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

“Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan di negara-negara terbabit,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu.

Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan di rantau berkenaan.

Katanya, langkah itu akan memudahkan urusan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan.

“Keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan dan kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di Asia Barat dari semasa ke semasa,” katanya.

Iran pada Sabtu lalu melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan 1 April ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 13 terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

Beberapa peluru berpandu dilaporkan menembusi wilayah Israel termasuk satu berjaya merosakkan kemudahan ketenteraan Israel di selatan negara itu. ā€“ The Merdeka Times

Author