Connect with us

Terkini

Kalau menang beberapa kerusi PRN, apa MUDA boleh buat? – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Kalau menang beberapa kerusi PRN, apa MUDA boleh buat? - Tun Mahathir
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan).
  • Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
  • Bekas Perdana Menteri berkata, langkah untuk bergerak solo itu dilihat sia-sia sekiranya hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri ditandingi MUDA.
  • “Jika MUDA bergerak solo dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi itu.
  • “Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon mencukupi, jika menang kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

SEPANG: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Bekas Perdana Menteri berkata, langkah untuk bergerak solo itu dilihat sia-sia sekiranya hanya memenangi beberapa kerusi yang tidak memungkinkan untuk membentuk kerajaan di mana-mana negeri ditandingi MUDA.

“Jika MUDA bergerak solo dan memasuki PRN dengan hanya memenangi beberapa kerusi, apa yang boleh dibuat dengan hanya beberapa kerusi itu.

“Kamu kena jadi kerajaan (negeri) dan niat kita adalah untuk jadi kerajaan. Kita akan letak calon mencukupi, jika menang kita boleh jadi kerajaan (negeri),” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas langkah MUDA yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil pendirian untuk bergerak solo di PRN enam negeri, akan datang.

Pengumuman itu menyaksikan akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara MUDA, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebagai rekod, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November lalu, MUDA beberapa kali memohon menyertai PH tetapi difahamkan sehingga kini PH belum memberi sebarang maklum balas.

Hari ini, MUDA menegaskan niat parti itu bekerjasama dengan PH bukan sekadar tidak dilayan, malah diperlekehkan.

Susulan itu, Syed Saddiq menegaskan anggapan yang menuduh pihaknya ‘tergesa-gesa’ dan enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak berasas.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending