Connect with us

Terkini

Johor rayu KKM atasi segera isu kekurangan doktor, jururawat HSI

Kerajaan Persekutuan dirayu membantu segera menyelesaikan isu kekurangan doktor dan jururawat di negeri ini terutama Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Wartawan TMT

Published

on

Johor rayu KKM atasi segera isu kekurangan doktor, jururawat HSI
Foto: Menteri Besar, Onn Hafiz meninjau keadaan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.
  • Kerajaan Persekutuan dirayu membantu segera menyelesaikan isu kekurangan doktor dan jururawat di negeri ini terutama Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
  • Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyelesaian isu itu amat penting bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan terbaik disalurkan kepada rakyat.
  • Isu itu dibangkitkan dalam lawatan di HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob, semalam.
  • Pada 23 Mei lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dilaporkan berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutama doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 staf di negeri ini.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan dirayu membantu segera menyelesaikan isu kekurangan doktor dan jururawat di negeri ini terutama Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyelesaian isu itu amat penting bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan terbaik disalurkan kepada rakyat.

Isu itu dibangkitkan dalam lawatan di HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob, semalam.

“Antara isu yang dibangkitkan selepas lawatan di HSI yang amat memerlukan penyelesaian segera adalah kekurangan doktor dan jururawat.

“Kekurangan staf di HSI telah menyebabkan Wad 9A dan 10A yang membabitkan lebih 100 katil pesakit tidak dapat digunakan.

“Isu sama juga menyebabkan hanya 10 dari 18 bilik pembedahan dapat digunakan di HSI.

“Ia mengakibatkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan bermakna ramai juga pesakit yang terkorban sementara menunggu giliran untuk dirawat di HSI,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 23 Mei lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dilaporkan berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutama doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 staf di negeri ini.

Onn Hafiz dilaporkan berharap KKM dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu bagi membolehkan hospital awam di negeri ini dapat berfungsi pada tahap optimum selain menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap merayu kepada kerajaan Persekutuan membantu negeri ini menyelesaikan isu kekurangan staf ini pada kadar yang segera.

“Saya percaya, kerjasama erat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan akan mampu menyelesaikan isu-isu berbangkit, seterusnya mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia, Insya-Allah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending