Connect with us

Antarabangsa

Israel sasar ‘serangan’ ke atas kumpulan hak asasi Palestin

Suruhanjaya yang bergabung dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mendakwa negara haram Israel menyasarkan kumpulan hak asasi manusia Palestin untuk mendiamkan masyarakat sivil.

Wartawan TMT

Published

on

Israel sasar 'serangan' ke atas kumpulan hak asasi Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suruhanjaya yang bergabung dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mendakwa negara haram Israel menyasarkan kumpulan hak asasi manusia Palestin untuk mendiamkan masyarakat sivil.
  • Pihaknya mendakwa, tindakan keras Israel terhadap kumpulan itu melanggar hak asasi manusia, termasuk hak untuk kebebasan berpersatuan, bersuara, pendapat, perhimpunan aman, privasi dan hak kepada perbicaraan yang adil.
  • Suruhanjaya yang diketuai oleh tiga anggota pasukan pakar hak asasi manusia itu ditubuhkan pada 2021 berikutan perang 11 hari Israel ke atas Gaza.
  • Zionis menuduh majlis hak asasi manusia dan suruhanjaya itu sebagai berat sebelah dan tidak adil.
  • Israel juga menuduh Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat yang diduduki melakukan pencabulan hak asasi manusia.

GENEVA, 21 Zulkaedah 1444H, Sabtu – Suruhanjaya yang bergabung dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mendakwa negara haram Israel menyasarkan kumpulan hak asasi manusia Palestin untuk mendiamkan masyarakat sivil.

Pihaknya mendakwa, tindakan keras Israel terhadap kumpulan itu melanggar hak asasi manusia, termasuk hak untuk kebebasan berpersatuan, bersuara, pendapat, perhimpunan aman, privasi dan hak kepada perbicaraan yang adil.

Suruhanjaya yang diketuai oleh tiga anggota pasukan pakar hak asasi manusia itu ditubuhkan pada 2021 berikutan perang 11 hari Israel ke atas Gaza.

Zionis menuduh majlis hak asasi manusia dan suruhanjaya itu sebagai berat sebelah dan tidak adil.

Israel juga menuduh Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat yang diduduki melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Namun mereka menyatakan bahawa kebanyakan pelanggaran dilakukan oleh Israel sebagai sebahagian daripada kempen untuk memastikan dan mengekalkan pendudukan tetapnya dengan mengorbankan hak rakyat Palestin.

Bekas ketua hak asasi manusia PBB Navi Pillay, yang mengetuai suruhanjaya itu, menuduh pihak berkuasa Israel mengehadkan hak kebebasan bersuara dan pergaulan secara aman.

Advertisement

“Kami amat bimbang dengan situasi pembela hak asasi manusia Palestin, yang secara rutin tertakluk kepada pelbagai langkah hukuman sebagai sebahagian daripada rejim pendudukan,” katanya.

Tiada komen segera daripada pihak berkuasa Israel dan Palestin serta Hamas mengenai laporan itu.

Pada 2020 dan 2021, Israel melabelkan serta mengharamkan tujuh kumpulan hak asasi manusia Palestin yang dianggap sebagai pengganas.

Kemudian, tentera Israel menyerbu ibu pejabat organisasi dan menutup beberapa pejabat mereka.

Israel berkata kumpulan itu dikaitkan dengan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), yang dikategorikan sebagai pengganas.

Kumpulan hak asasi manusia menafikan sebarang kaitan dengan PFLP manakala beberapa negara Eropah telah menolak dakwaan Israel, dengan alasan kekurangan bukti. 

Advertisement

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending