Connect with us

Antarabangsa

Insiden tembakan rambang di Chicago, sambutan Hari Bapa bertukar tragedi

Sambutan Hari Bapa bertukar tragedi apabila dua individu dilaporkan maut dan sekurang-kuranganya tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah bandar di selatan Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Insiden tembakan rambang di Chicago, sambutan Hari Bapa bertukar tragedi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sambutan Hari Bapa bertukar tragedi apabila dua individu dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya tiga lain cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah bandar di selatan Chicago, Amerika Syarikat (AS).
  • Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku apabila seorang individu melepaskan beberapa das tembakan ke arah kumpulan individu sedang menyambut sambutan Hari Bapa.
  • Menurut perolehan data dan rekod bandar, terdapat 29 mangsa keganasan senjata api dari Jumaat malam hingga Sabtu.

CHICAGO: Sambutan Hari Bapa bertukar tragedi apabila dua individu dilaporkan maut dan sekurang-kuranganya tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah bandar di selatan Chicago, Amerika Syarikat (AS).

Menurut stesen tempatan WLS-TV, insiden penembakan itu berlaku di sebuah taman di kawasan Roseland di bandar tersebut.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku apabila seorang individu mula melepaskan beberapa das tembakan ke arah kumpulan individu yang sedang menyambut sambutan Hari Bapa.

Kejadian ini merupakan salah satu daripada beberapa insiden penembakan yang direkodkan pada hujung minggu.

Menurut perolehan data dan rekod bandar, terdapat 29 mangsa keganasan senjata api dari Jumaat malam hingga Sabtu.

Dalam pada itu, White House menyuarakan kekesalan terhadap beberapa insiden tembakan yang berlaku terutamanya nasib yang menimpa mangsa korban dan keluarga.

Selain itu, Gabenor Illinois, JB Pritzker berkata, kes sedang disiasat dan pemantauan berkenaan kejadian sedang dilaksanakan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending