Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa Muslim, Kristian di Calgary tolak pendidikan ideologi jantina di sekolah

Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary di sini berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa Muslim, Kristian di Calgary tolak pendidikan ideologi jantina di sekolah
Foto: keluarga Muslim dan Kristian di Calgary di sini berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.
  • Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary, Kanada berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.
  • Protes itu dikedepankan dengan laungan slogan, “Leave our kids alone,” (Henti ganggu anak-anak kami).
  • Seorang lelaki dalam sebuah video di platform Twitter berkata, “Kami  bangkit bersama sebagai warga Kanada, sebagai Muslim dan sebagai Kristian, melindungi anak-anak kami,” dengan seorang individu menambah “daripada itu,” merujuk kepada kumpulan LGBTQ di seberang jalan.
  • Aktivis Queer dalam protes itu lebih kecil daripada jangkaan awal kerana pertubuhan haluan kiri itu dikatakan tidak mahu dilihat sebagai rasis terhadap orang Islam.

KANADA – Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary di sini berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.

Foto: Twitter Chris Brunet.

Protes itu dikedepankan dengan laungan slogan, “Leave our kids alone,” (Henti ganggu anak-anak kami).

Seorang lelaki dalam sebuah video di platform Twitter berkata, “Kami bangkit bersama sebagai warga Kanada, sebagai Muslim dan sebagai Kristian, melindungi anak-anak kami,” dengan seorang individu menambah “daripada itu,” merujuk kepada kumpulan LGBTQ di seberang jalan.

“Pihak di seberang sana (LGBTQ) boleh mempercayai dan membuat keputusan terhadap apa sahaja yang mereka mahu,” dia menyambung, “di dalam bilik tidur, di dalam rumah, tetapi tolong jangan dimasukkan atau dipromosikan dalam sistem pendidikan anak di sekolah serta dalam kehidupan kami,” kata individu itu dipetik The Post Milennial.

Foto: Twitter Chris Brunet.

Keadaan sedikit tegang tetapi terkawal bila ada ibu bapa menyeberang jalan melaungkan slogan dengan jarak dekat menghampiri kumpulan lawan.

Foto: Twitter Andy Ngo.

Ibu bapa turut hadir dengan papan tanda bertulis “Let kids be kids” (Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak), “Stop the insanity,” (Hentikan kegilaan ini) dan seorang kanak-kanak memegang plakad bertulis “Protect innocence, demand change” (Lindungi kanak-kanak, tuntut perubahan).

Foto: Rachel Emmanuel.

 

Foto: Twitter Andy Ngo.

Aktivis Queer dalam protes itu lebih kecil daripada bilangan jangkaan awal kerana pertubuhan haluan kiri itu dikatakan tidak mahu dilihat sebagai rasis terhadap orang Islam. 

Dua minggu lalu, Ibu bapa di Montgomery County, bangkit membantah dasar baharu sistem sekolah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) dalam usaha beberapa pihak terus menerus mempromosi homoseksualiti kepada anak-anak mereka.

Sumber: The Post Milennial

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending