Antarabangsa
Ibu bapa Muslim bantah kurikulum LGBT dalam sistem sekolah di Maryland
Sekumpulan ibu bapa Muslim menyertai penyokong hak kebebasan ibu bapa dan beragama pada Selasa untuk membantah dasar baharu sistem sekolah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) yang mempromosikan homoseksualiti.

- Sekumpulan ibu bapa Muslim menyertai penyokong hak kebebasan ibu bapa dan beragama pada Selasa untuk membantah dasar baharu sistem sekolah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) yang mempromosikan homoseksual.
- Sistem itu turut menghapuskan kuasa ibu bapa untuk mengecualikan anak mereka daripada kerja kursus yang menggalakkan homoseksual dan transgenderisme.
- Protes pada 6 Jun lalu di ibu pejabat daerah sekolah awam Montgomery County, Maryland itu diketuai kumpulan Hak Keluarga untuk Kebebasan Beragama.
- Daerah sekolah (jabatan pendidikan daerah) sebelum ini turut meluluskan beberapa buku yang membincangkan subjek berkaitan homoseksual dan transgenderisme untuk pelajar seawal usia tiga atau empat tahun.
- Ini termasuk buku bertajuk “Pride Puppy!”, yang bertujuan mengajar kanak-kanak abjad melalui cerita tentang perarakan kebanggaan homoseksual dan memperkenalkan mereka kepada perkataan seperti ‘drag queen’, ‘kulit’ dan ‘zip’.
Sekumpulan ibu bapa Muslim menyertai penyokong hak kebebasan ibu bapa dan beragama pada Selasa untuk membantah dasar baharu sistem sekolah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) yang mempromosi homoseksual.
Menurut laporan Catholic News Agency, sistem itu turut menghapuskan kuasa ibu bapa untuk mengecualikan anak mereka daripada kerja kursus yang menggalakkan homoseksual dan transgenderisme.
Protes pada 6 Jun lalu di ibu pejabat daerah sekolah awam Montgomery County, Maryland itu diketuai kumpulan Hak Keluarga untuk Kebebasan Beragama.
Kira-kira 50 ibu bapa dan aktivis membawa papan tanda bertulis ‘hak keluarga’ dan ‘pulihkan pengecualian’ sambil melaungkan slogan seperti ‘lindungi anak-anak kita’ dan ‘kebebasan beragama sekarang’.
Sebelum ini, undang-undang Maryland menghendaki daerah sekolah (jabatan pendidikan daerah) untuk membenarkan ibu bapa untuk pengecualian anak-anak mereka daripada kerja kursus berkaitan dengan ‘kehidupan keluarga dan seksualiti manusia’.
Bagaimanapun, daerah sekolah pada Mac memutuskan pihak mereka tidak menganggap bahan bacaan membincang subjek berkaitan homoseksuall, transgenderisme dan aspek lain ideologi jantina sebagai sebahagian daripada ‘kehidupan keluarga dan arahan seksualiti manusia’.
Atas sebab itu, mulai 1 Mei lalu, daerah sekolah tidak lagi memberitahu ibu bapa tentang bahan itu dalam kerja kursus dan tidak akan membenarkan mereka untuk menarik diri.
“Kami tidak mahu diketepikan kerana pada dasarnya ia tidak relevan,” kata Pengerusi Hak Keluarga untuk Kebebasan Beragama, Wael Elkoshairi kepada CNA.
Sebelum ini, daerah sekolah meluluskan beberapa buku yang membincangkan subjek berkaitan homoseksual dan transgenderisme untuk pelajar seawal usia tiga atau empat tahun.
Ini termasuk buku bertajuk “Pride Puppy!”, yang bertujuan mengajar kanak-kanak abjad melalui cerita tentang perarakan kebanggaan homoseksual dan memperkenalkan mereka kepada perkataan seperti ‘drag queen’, ‘kulit’ dan ‘zip’.
Ia juga memperkenalkan mereka kepada Marsha B. Johnson iaitu seorang drag queen, aktivis hak gay dan (ketika ini) seorang pelacur.
Sumber: Catholic News Agency
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas