Connect with us

Antarabangsa

Guru taska di Thailand ditahan dera lebih 280 budak

Seorang guru taska ditahan kerana mendera lebih 280 kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Thailand, lapor laman berita Thaiger selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Guru taska di Thailand ditahan dera lebih 280 budak
Foto: Gambar pihak berkuasa menjalankan siasatan di sebuah pusat jagaan di Thailand.
  • Seorang guru taska ditahan kerana mendera lebih 280 kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Thailand. 
  • Siasatan di pusat jagaan itu bermula apabila sembilan kanak-kanak disoal siasat oleh pasukan pendakwa raya, polis dan golongan profesional lain yang terlibat dalam kes tersebut.
  • Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi dikumpul untuk menyokong dakwaan mereka. 
  • Kanak-kanak yang menjadi mangsa itu kini ditempatkan di sebuah rumah sementara di wilayah Saraburi dengan beberapa pakar ditugaskan untuk menjaga mereka dan menyediakan sokongan psikologi.

BANGKOK – Seorang guru taska ditahan kerana mendera lebih 280 kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Thailand, lapor laman berita Thaiger selasa.

Ketua polis wilayah Saraburi, Wichit Boonchinwuttikun mendedahkan perkembangan kes itu selasa lepas.

Siasatan di pusat jagaan itu bermula apabila sembilan kanak-kanak disoal siasat oleh pasukan pendakwa raya, polis dan golongan profesional lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi dikumpul untuk menyokong dakwaan mereka. 

Suspek yang disoal siasat kemudian mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa itu kini ditempatkan di sebuah rumah sementara di wilayah Saraburi dengan beberapa pakar ditugaskan untuk menjaga mereka dan menyediakan sokongan psikologi.

Kes itu pada awalnya didedahkan menerusi sebuah hantaran di Facebook melibatkan penderaan lebih 280 kanak-kanak di sebuah pusat jagaan di Saraburi.

Kanak-kanak tersebut dihukum, diseksa dan diletakkan di bilik gelap sama seperti penjara. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending