Connect with us

Antarabangsa

Doktor, jururawat Indonesia protes semakan semula undang-undang kesihatan

Ratusan doktor dan jururawat di Indonesia dilaporkan mengadakan protes menggesa wakil rakyat menghentikan usul semakan undang-undang kesihatan yang disifatkan tidak melindungi hak pengamal perubatan.

Wartawan TMT

Published

on

Doktor, jururawat Indonesia protes semakan semula undang-undang kesihatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ratusan doktor dan jururawat di Indonesia mengadakan protes menggesa wakil rakyat menghentikan usul semakan undang-undang kesihatan disifatkan tidak melindungi hak pengamal perubatan.
  • Parlimen Indonesia mencadangkan semakan undang-undang kesihatan sedia ada disemak semula termasuk membolehkan pesakit mendakwa pekerja kesihatan atas kesalahan profesional.
  • Dalam usul itu juga, Parlimen mencadangkan membenarkan pengamal perubatan asing masuk ke negara itu dalam usaha mengatasi kekurangan kakitangan.
  • Kerajaan Indonesia turut menyatakan semakan perlu dilakukan semula untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada.

JAKARTA: Ratusan doktor dan jururawat di Indonesia dilaporkan mengadakan protes menggesa wakil rakyat menghentikan usul semakan undang-undang kesihatan yang disifatkan tidak melindungi hak pengamal perubatan.

Februari lalu, Parlimen Indonesia mencadangkan semakan undang-undang kesihatan sedia ada disemak semula termasuk membolehkan pesakit mendakwa pekerja kesihatan atas kesalahan profesional.

Dalam usul itu juga, Parlimen mencadangkan membenarkan pengamal perubatan asing masuk ke negara itu dalam usaha mengatasi kekurangan kakitangan.

Dalam pada itu, kerajaan Indonesia turut menyatakan bahawa semakan perlu dilakukan semula untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, berkata bahawa undang-undang baru bertujuan untuk menaik taraf perkhidmatan di negara berpendapatan sederhana.

Namun begitu, sekurang-kurangnya lima kesatuan sekerja mengutarakan kebimbangan kerana berpendapat pekerja sektor kesihatan bakal terkesan.

Ketua Persatuan Perubatan Indonesia, Mohammad Adib Khumaidi, yang menyertai protes di luar Parlimen pada Isnin memberitahu ketakutan mereka adalah mengenai kepastian undang-undang dan perlindungan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending