Connect with us

Terkini

Doktor gesa kerajaan naikkan caj RM1 klinik kesihatan

Kerajaan disaran menaikkan caj klinik kesihatan RM1 kepada kepada RM5 hingga RM20 kerana caj sedia ada sudah tidak relevan dengan masa kini.

Wartawan TMT

Published

on

Doktor gesa kerajaan naikkan caj RM1 klinik kesihatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan disaran menaikkan caj klinik kesihatan RM1 kepada kepada RM5 hingga RM20 kerana caj sedia ada sudah tidak relevan pada masa kini terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.
  • Yang Dipertua Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Dr. Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, “Kenaikan caj ini adalah suatu keperluan kerana kos rawatan semakin tinggi yang akan membebankan kerajaan untuk menampung sepenuhnya dan boleh menjejaskan perkembangan perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan.”
  • Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Malina Osman pula berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan meneliti semula kadar caj rawatan bersesuaian dengan faktor penting seperti pertambahan populasi rakyat dan kecanggihan teknologi.
  • Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Sanjay Rampal pula berkata, pihaknya menyokong usaha untuk menambah bajet dalam sistem perbelanjaan pembiayaan kesihatan negara. 

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menaikkan caj klinik kesihatan RM1 kepada kepada RM5 hingga RM20 kerana caj sedia ada sudah tidak relevan dengan masa kini.

Yang Dipertua Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Dr. Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, kadar caj sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

“Pada masa akan datang klinik kesihatan dan Jabatan Perubatan Kecemasan boleh mengenakan caj RM5, malah klinik pakar boleh mengenakan caj RM15 hingga RM20.”

“Kenaikan caj ini adalah suatu keperluan kerana kos rawatan semakin tinggi yang akan membebankan kerajaan untuk menampung sepenuhnya dan boleh menjejaskan perkembangan perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan,” ulasnya.

Sementara itu Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Malina Osman berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan meneliti semula kadar caj rawatan bersesuaian dengan faktor penting seperti pertambahan populasi rakyat dan kecanggihan teknologi.

“Kalau dilihat, sejak tahun 60-an atau 70-an, caj bayaran RM1 untuk setiap kali rawatan di semua fasiliti kerajaan tidak berubah. Kalau dulu, tambang bas awam pun mungkin cuma 50 sen, sekarang harganya pun sudah tidak lagi sama.”

“Apa yang pasti, kerajaan tidak lagi mampu menampung subsidi kos rawatan kesihatan rakyat. Kita perlu mengambil kira latar belakang kemampuan ekonomi kerajaan dan keadaan ekonomi semasa. Saya sendiri pun tidak boleh petik berapa ‘angka ajaib’ untuk kadar bayaran minimum munasabah.”

Dr. Malina juga berharap kerajaan dapat memastikan perkhidmatan rawatan yang disediakan berada pada tahap berkualiti termasuk memastikan kakitangan kompeten yang mencukupi.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Sanjay Rampal pula berkata, pihaknya menyokong usaha untuk menambah bajet dalam sistem perbelanjaan pembiayaan kesihatan negara.

Katanya, penambahan bajet kesihatan itu diharapkan dapat digunakan untuk kempen kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Ini kerana kita tentunya mahu pengurangan jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan terutama di hospital kerajaan yang telah sesak.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending