Terkini
Akaun rider Grab tegur dua warga Singapura diaktifkan semula
Syarikat Grab Holdings mengaktifkan semula akaun penghantar makanan yang tular selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong.

- Syarikat Grab Holdings mengaktifkan semula akaun penghantar makanan yang tular selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong.
- Grab Holding dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular berkenaan dan sudah menjalankan siasatan terperinci.
- Menurutnya, akaun penghantar lelaki terbabit cuma digantung sementara bukan ditamatkan berikutan menerima aduan mendakwa lelaki berkenaan mengugut menggunakan senjata.
- Laporan dibuat terhadapnya dan ia adalah SOP (Prosedur Operasi Standard kami dimana akaun akan digantung sementara menunggu siasatan dijalankan.
- Tindakan itu diambil mengikut SOP ditetapkan bagi memastikan platform Grab selamat digunakan dan dipercayai pelanggan.
Kuala Lumpur: Syarikat Grab Holdings mengaktifkan semula akaun penghantar makanan yang tular selepas menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong.
Grab Holding dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular berkenaan dan sudah menjalankan siasatan terperinci.
Menurutnya, akaun penghantar lelaki terbabit cuma digantung sementara bukan ditamatkan berikutan menerima aduan mendakwa lelaki berkenaan mengugut menggunakan senjata.
“Anda mungkin telah mengetahui tentang video viral penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga asing didakwa isi minyak guna tong.
“Laporan dibuat terhadapnya dan ia adalah SOP (Prosedur Operasi Standard kami dimana akaun akan digantung sementara menunggu siasatan dijalankan.
“Akaun itu sudah pun diaktifkan semula setelah siasatan teliti dijalankan mengikut SOP,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu diambil mengikut SOP ditetapkan bagi memastikan platform Grab selamat digunakan dan dipercayai pelanggan.
Katanya, Grab memandang serius dakwaan ancaman dan ugutan menggunakan senjata melibatkan rakan penghantar mereka.
“Grab memandang serius setiap laporan, terutama sekali melibatkan keselamatan Ini adalah SOP yang kami ikuti untuk setiap laporan yang dibuat.
“Pihak kami juga ingin maklumkan sekali lagi akaun beliau sudah diaktifkan selepas siasatan yang teliti dijalankan,” katanya.
Terdahulu terdapat sebuah hantaran video yang tular menunjukkan penghantar makanan terbabit dalam isu pertengkaran membabitkan warga asing yang didakwa mengisi minyak dalam tong di sebuah stesen minyak dekat Sunway Box, Iskandar Puteri, Johor, mendakwa akaun aplikasi pengendalian makanannya digantung.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas