Connect with us

Terkini

17 kes berkaitan rokok elektronik dikesan – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Wartawan TMT

Published

on

17 kes berkaitan rokok elektronik dikesan – KP Kesihatan
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Beliau berkata semua pengamal perubatan diminta terus membuat notifikasi kepada pihak KKM sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap EVALI.
  • “Oleh yang demikian, KKM ingin mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.
  • “Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata semua pengamal perubatan diminta terus membuat notifikasi kepada pihak KKM sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap EVALI.

“Oleh yang demikian, KKM ingin mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.

“Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Dr Muhammad Radzi berkata pada 2021, Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI telah diwujudkan oleh KKM bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes-kes EVALI.

Beliau berkata pada Jun tahun lepas, KKM telah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik termasuk EVALI melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi.

Katanya sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kerana bahan terkandung dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberi kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Advertisement

Dr Muhammad Radzi juga berkata data yang diperoleh menerusi Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022.

“Peningkatan yang ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu daripada 2.8 peratus pada 2017 meningkat kepada 6.2 peratus pada 2022,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending