Connect with us

Antarabangsa

15.3 juta rakyat Syria perlu bantuan dunia

Seramai 15.3 juta orang iaitu hampir 70 peratus daripada penduduk Syria memerlukan bantuan kemanusiaan akibat perang yang berlanjutan dalam tempoh 12 tahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin seperti dilaporkan akhbar Arab News.

Wartawan TMT

Published

on

15.3 juta rakyat Syria perlu bantuan dunia
Foto: Gambar kanak-kanak Syria.
  • Seramai 15.3 juta orang iaitu hampir 70 peratus daripada penduduk Syria memerlukan bantuan kemanusiaan akibat perang yang berlanjutan dalam tempoh 12 tahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin seperti dilaporkan akhbar Arab News.
  • Rayuan PBB untuk dana bantuan sebanyak AS$5.4 bilion (RM70.61 bilion) bagi menyokong lebih 14 juta orang di Syria pula hanya dibiayai pada kadar kurang 10 peratus.
  • Program Makanan Sedunia PBB memberi amaran bahawa tanpa wang tambahan, seramai 2.5 juta orang berisiko tidak mempunyai makanan atau bantuan tunai mulai Julai ini.
  • Situasi kemanusiaan yang teruk serta ditambah lagi dengan kejadian gempa bumi pada Februari lalu sehingga memusnahkan bahagian barat laut negara berkenaan dinyatakan kepada Majlis Keselamatan PBB oleh Pengarah Operasi Pejabat badan dunia itu, Edem Wosornu.

NEW YORK – Seramai 15.3 juta orang iaitu hampir 70 peratus daripada penduduk Syria memerlukan bantuan kemanusiaan akibat perang yang berlanjutan dalam tempoh 12 tahun lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin seperti dilaporkan akhbar Arab News.

Rayuan PBB untuk dana bantuan sebanyak AS$5.4 bilion (RM70.61 bilion) bagi menyokong lebih 14 juta orang di Syria pula hanya dibiayai pada kadar kurang 10 peratus.

Program Makanan Sedunia PBB memberi amaran bahawa tanpa wang tambahan, seramai 2.5 juta orang berisiko tidak mempunyai makanan atau bantuan tunai mulai Julai ini.

Situasi kemanusiaan yang teruk serta ditambah lagi dengan kejadian gempa bumi pada Februari lalu sehingga memusnahkan bahagian barat laut negara berkenaan dinyatakan kepada Majlis Keselamatan PBB oleh Pengarah Operasi Pejabat badan dunia itu, Edem Wosornu.

“Penduduk Syria semakin banyak bergantung kepada bantuan kemanusiaan kerana perkhidmatan asas dan infrastruktur kritikal berada di ambang kehancuran,” katanya.

Ujar Wosornu, ketika ini penduduk Syria memerlukan sokongan masyarakat antarabangsa berbanding 12 tahun lalu.

Tambahnya, keperluan untuk mengekalkan penyampaian bantuan kemanusiaan di bahagian barat laut adalah lebih kritikal selepas gempa bumi berlaku. 

Advertisement

Beliau turut menggesa lebih banyak ikrar dilakukan daripada pihak-pihak yang bermurah hati dan kelulusan dana segera pada persidangan anjuran Kesatuan Eropah di Brussels, Belgium pada 14 hingga 15 Jun ini. – Agensi 

Sumber: Kosmo Online

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending