Connect with us

Antarabangsa

Wanita bogel ganggu tarian kebudayaan Bali

Satu pertunjukan tarian kebudayaan di Pulau Bali bertukar kecoh apabila seorang wanita warganegara asing muncul dalam keadaan bogel dan mengganggu persembahan, lapor laman berita Detik, Rabu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita bogel ganggu tarian kebudayaan Bali
Foto: Wanita berkenaan naik ke atas pentas tarian sebelum cuba meniru aksi tarian kumpulan penari.
  • Satu pertunjukan tarian kebudayaan di Pulau Bali bertukar kecoh apabila seorang wanita warganegara asing muncul dalam keadaan bogel dan mengganggu persembahan, lapor laman berita Detik, Rabu lalu.
  • “Insiden wanita asing berbogel itu berlaku di pentas Puri Saraswati Ubud milik Tjokorda Ngurah Suyadnya atau Cok Wah,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Bali, Stefanus Satake Bayu Setianto.
  • Berdasarkan video yang dikongsikan di media sosial, wanita tersebut dilihat berjalan masuk dan merosakkan pintu pentas sebelum cuba meniru aksi tarian kumpulan penari.
  • Aksi tidak senonoh itu dihalang oleh penjaga pentas sebelum dia dibawa keluar dari kawasan tersebut.

JAKARTA – Satu pertunjukan tarian kebudayaan di Pulau Bali bertukar kecoh apabila seorang wanita warganegara asing muncul dalam keadaan bogel dan mengganggu persembahan, lapor laman berita Detik, Rabu lalu.

“Insiden wanita asing berbogel itu berlaku di pentas Puri Saraswati Ubud milik Tjokorda Ngurah Suyadnya atau Cok Wah,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Bali, Stefanus Satake Bayu Setianto.

Berdasarkan video yang dikongsikan di media sosial, wanita tersebut dilihat berjalan masuk dan merosakkan pintu pentas sebelum cuba meniru aksi tarian kumpulan penari.

Aksi tidak senonoh itu dihalang oleh penjaga pentas sebelum dia dibawa keluar dari kawasan tersebut.

Menurut polis, kejadian berlaku Isnin lalu sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan).

Identiti wanita berkenaan dikenal pasti sebagai Darja Tuschinski, 28, yang merupakan pelancong dari Jerman.

Sementara itu, laman berita Merdeka melaporkan, polis Ubud menahan wanita berkenaan dengan  dia disahkan menghidap sakit mental.

“Warga asing tersebut mengalami gangguan jiwa atau depresi. Dia kehabisan wang untuk terus menetap di Bali,” kata Stefanus. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending