Connect with us

Terkini

Usul Majlis Peguam terhadap Peguam Negara tindakan yang keras – Pakar Perlembagaan

Seorang pakar perlembagaan berpandangan, tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) kelmarin sebagai tindakan yang keras.

Wartawan TMT

Published

on

Usul Majlis Peguam terhadap Peguam Negara tindakan yang keras – Pakar Perlembagaan
Foto: Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
  • Seorang pakar perlembagaan berpandangan, tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) kelmarin sebagai tindakan yang keras.
  • Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata tindakan badan guaman itu agak serius kerana mencalar kewibawaan seorang Peguam Negara.
  • “Secara peribadi saya berpandangan tindakan itu terlalu keras kerana ia membabitkan seorang ketua kepada peguam di negara ini, iaitu Peguam Negara,” katanya kepada BH.
  • Beliau mengulas usul tidak percaya badan guaman terhadap Idrus kelmarin dengan alasan Peguam Negara gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

KUALA LUMPUR: Seorang pakar perlembagaan berpandangan, tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) kelmarin sebagai tindakan yang keras.

Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata tindakan badan guaman itu agak serius kerana mencalar kewibawaan seorang Peguam Negara.

Beliau berkata, tindakan yang mengejutkan itu memperlihatkan seolah-olah Peguam Negara tidak ada kredibiliti.

“Secara peribadi saya berpandangan tindakan itu terlalu keras kerana ia membabitkan seorang ketua kepada peguam di negara ini, iaitu Peguam Negara,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas usul tidak percaya badan guaman terhadap Idrus kelmarin dengan alasan Peguam Negara gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta.

“Jika gagal, Majlis Peguam akan menimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, membawa prosiding menghina mahkamah atau mana-mana prosiding lain atau tindakan dalam mengesahkan resolusi ini,” kata usul itu.

Nik Ahmad Kamal percaya dalam membuat apa-apa keputusan, Idrus mempunyai justifikasi mengikut perspektifnya sendiri.

Justeru, katanya Majlis Peguam tidak perlu membuat undi tidak percaya sebaliknya menghantar petisyen bantahan kepada Peguam Negara secara terus.

“Ini sampai membawa ke EGM, seolah-olah Peguam Negara sudah melakukan kesalahan yang besar.

“Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada sistem perundangan, seolah-olah kita hilang kepercayaan kepada Peguam Negara yang juga sebahagian dalam institusi perundangan di Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending