Connect with us

Terkini

Tiada kompromi pelajar terbabit kes buli, pukul – Pengerusi MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu yang terbabit dengan kes buli dan pukul.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada kompromi pelajar terbabit kes buli, pukul – Pengerusi MARA
Foto: Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu terbabit dengan kes buli dan pukul.
  • Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menutup kes berkenaan seperti didakwa segelintir pihak.
  • “Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terbabit dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM (Maktab Rendah Sains MARA). Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan, lima pelajar Tingkatan Lima MRSM Balik Pulau, ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sekolah berkenaan.

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak akan berkompromi dengan pelajar di bawah institusi itu yang terbabit dengan kes buli dan pukul.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menutup kes berkenaan seperti didakwa segelintir pihak.

“Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terbabit dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM (Maktab Rendah Sains MARA).

“Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, lima pelajar Tingkatan Lima MRSM Balik Pulau, ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar di sekolah berkenaan.

Difahamkan, kejadian pada jam 11 malam itu berlaku di tandas lelaki Blok B bangunan sekolah berkenaan apabila seorang pelajar Tingkatan Tiga dipukul, dengan alasan lambat turun solat Subuh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, dilaporkan berkata siasatan polis mendapati kelima-lima suspek turut membuli 14 mangsa lain pada tarikh sama, antara jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam, di tiga lokasi berbeza iaitu tandas, bilik beg dan bilik senior di Blok B.

Advertisement

Polis sudah mengambil keterangan daripada semua suspek dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending