Connect with us

Antarabangsa

Polis Thailand halau pekerja seks, kumpulan Transgender dari pantai Pattaya

Polis Pelancongan Thailand melarang pekerja seks daripada menjual perkhidmatan mereka di pantai-pantai di Pattaya, lapor portal berita Thaiger semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis Thailand halau pekerja seks, kumpulan Transgender dari pantai Pattaya
Foto: Anggota-anggota polis tidak membenarkan para pekerja seks menawarkan perkhidmatan mereka di pantai Pattaya.
  • Polis Pelancongan Thailand melarang pekerja seks daripada menjual perkhidmatan mereka di  pantai-pantai di Pattaya, lapor portal berita Thaiger semalam.
  • Pada malam Rabu polis pelancong dan anggota dari Balai Polis Bandar Pattaya mengarahkan pekerja seks termasuk kumpulan transgender meninggalkan Pantai Pattaya.
  • Polis menegaskan bahawa mereka  tidak lagi dibenarkan berdiri di tepi pantai untuk menjual perkhidmatan kepada pelancong.
  • Pekerja seks tidak pernah dibenarkan mencari pelanggan di pantai itu kerana semua aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand. 

BANGKOK – Polis Pelancongan Thailand melarang pekerja seks daripada menjual perkhidmatan mereka di pantai-pantai di Pattaya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pada malam Rabu polis pelancong dan anggota dari Balai Polis Bandar Pattaya mengarahkan pekerja seks termasuk kumpulan transgender meninggalkan Pantai Pattaya.

Polis menegaskan bahawa mulai kelmarin, mereka tidak lagi dibenarkan berdiri di tepi pantai untuk menjual perkhidmatan kepada pelancong, lapor portal berita KhaoSod.

“Mereka akan dikenakan denda berat jika melanggar peraturan tersebut selepas ini,” kata seorang pegawai polis kanan, Kolonel Somchai Thiraphatphaisarn.

Pekerja seks tidak pernah dibenarkan mencari pelanggan di pantai itu kerana semua aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand.

Somchai berkata, tindakan keras terhadap pelacuran tepi pantai itu adalah bagi mematuhi arahan Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn supaya pihak berkuasa lebih teliti dalam mencegah jenayah terhadap pelancong.

Pantai Pattaya mungkin dipilih sebagai pantai kedua paling popular di dunia tetapi bertukar menjadi sarang jenayah kecil apabila matahari mulai terbenam.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *