Connect with us

Terkini

KKM kekalkan SOP COVID-19

Keputusan diambil Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dibuat susulan masih berlaku jangkitan dalam kalangan penduduk di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KKM kekalkan SOP COVID-19
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Keputusan diambil Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dibuat susulan masih berlaku jangkitan dalam kalangan penduduk di negara ini.
  • Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kebanyakan kes ditemui membabitkan jangkitan pada tahap rendah (tahap satu dan dua).
  • Beliau berkata, KKM perlu mengambil kira apa yang berlaku membabitkan COVID-19 di negara ini, selain mendapat pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO
  • “KKM sentiasa memantau perjalanan khususnya pandemik COVID-19 setiap hari dengan data yang kita dapati buat masa ini. Jadi, kita mahu melihat perkembangan selanjutnya berdasarkan kepada penemuan kes baharu,” katanya selepas menghadiri Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Peringkat Zon Selatan di Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh, semalam.

PAGOH: Keputusan diambil Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dibuat susulan masih berlaku jangkitan dalam kalangan penduduk di negara ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kebanyakan kes ditemui membabitkan jangkitan pada tahap rendah (tahap satu dan dua).

Beliau berkata, KKM perlu mengambil kira apa yang berlaku membabitkan COVID-19 di negara ini, selain mendapat pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita ada sebab untuk terus mengekalkan SOP kerana pemantauan dijalankan KKM mendapati ada lagi kes ditemui walaupun masih terkawal dan di tahap rendah.

“KKM sentiasa memantau perjalanan khususnya pandemik COVID-19 setiap hari dengan data yang kita dapati buat masa ini. Jadi, kita mahu melihat perkembangan selanjutnya berdasarkan kepada penemuan kes baharu,” katanya selepas menghadiri Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Peringkat Zon Selatan di Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh, hari ini.

WHO pada Jumaat lalu memutuskan COVID-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Ia sekali gus menjadi langkah besar menuju pengakhiran wabak pandemik yang sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, selain mengancam ekonomi dan komuniti sejagat.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, KKM menerusi Jawatankuasa Teknikal akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini.

Katanya, Jawatankuasa Teknikal juga memberi pandangan kepada KKM untuk terus mengekalkan SOP yang ada ketika ini termasuk di kawasan tempat jangkitan yang sepatutnya berakhir hujung Jun ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *