Connect with us

Terkini

KJ fail saman fitnah RM1 juta terhadap Jamal Yunos

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.

Wartawan TMT

Published

on

KJ fail saman fitnah RM1 juta terhadap Jamal Yunos
Foto: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (kiri) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.
  • Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan UMNO mengimport perwakilan dari luar yang bukan perwakilan untuk mengundi usul supaya jawatan nombor satu dan dua tidak dipertanding.
  • Khairy, yang memfailkan writ saman pada 24 Mei lepas melalui firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel, menuntut ganti rugi khas RM1 juta, ganti rugi am, perintah supaya Jamal menerbitkan permohonan maaf di akaun Facebook dan TikToknya serta dalam akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
  • Dalam pernyataan tuntutan, Khairy berkata, semasa perhimpunan agung yang berlangsung pada 14 Januari lepas, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) yang dihadiri oleh pengamal media, perwakilan UMNO dan beberapa ahli serta pemimpin parti itu.
  • Beliau mendakwa pada hari sama, Jamal telah memuat naik rakaman video bertajuk “Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya” di laman Facebook di bawah nama DS Jamal Yunos (DS Jamal Yunos Official).

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 pada Januari lepas.

Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan UMNO mengimport perwakilan dari luar yang bukan perwakilan untuk mengundi usul supaya jawatan nombor satu dan dua tidak dipertanding.

Khairy, yang memfailkan writ saman pada 24 Mei lepas melalui firma guaman Tetuan Aizat Izuan Shakeel, menuntut ganti rugi khas RM1 juta, ganti rugi am, perintah supaya Jamal menerbitkan permohonan maaf di akaun Facebook dan TikToknya serta dalam akhbar utama berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Dalam pernyataan tuntutan, Khairy berkata, semasa perhimpunan agung yang berlangsung pada 14 Januari lepas, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) yang dihadiri oleh pengamal media, perwakilan UMNO dan beberapa ahli serta pemimpin parti itu.

Beliau mendakwa pada hari sama, Jamal telah memuat naik rakaman video bertajuk “Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya” di laman Facebook di bawah nama DS Jamal Yunos (DS Jamal Yunos Official).

Khairy berkata, Jamal turut memuat naik rakaman sama di akaun TikTok di bawah nama pengguna ‘jamal_yunos.’

Beliau mendakwa, kenyataan berbaur fitnah itu antaranya membawa maksud beliau adalah pemimpin yang tiada integriti, seorang individu tiada kredibiliti untuk memimpin dan terbabit atau melakukan jenayah rasuah.

Dakwanya ia juga membawa maksud bekas Ahli Parlimen Rembau itu telah melaksana dan menerapkan pendekatan rasuah untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan ahli parti demi kepentingan peribadi serta tidak layak menjadi seorang pemimpin selain tidak setia kepada UMNO dan pemimpin parti.

Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini (Selasa) bagi pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nik Nur Amalina Mat Zaidan.

Sumber: Ismaweb

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending