Connect with us

Antarabangsa

Kerajaan Britain didesak haramkan penjualan vape pakai buang

Kerajaan Britain berdepan tekanan untuk mengharamkan penjualan vape pakai buang selepas peranti tersebut semakin popular dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Britain didesak haramkan penjualan vape pakai buang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Britain berdepan tekanan untuk mengharamkan penjualan vape pakai buang selepas peranti tersebut semakin popular dalam kalangan kanak-kanak.
  • Walaupun kerajaan melarang jualan rokok elektronik termasuk vape kepada penduduk berumur bawah 18 tahun, pakar-pakar berkata, sekitar 15 peratus kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun menghisap vape di Britain.
  • Perdana Menteri, Rishi Sunak menyatakan bahawa beliau bimbang anak perempuannya akan tergoda oleh produk vape berperisa dijual dalam warna-warna cerah.
  • Statistik terkini Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkaitan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan sebanyak 9 peratus kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun menggunakannya

LONDON – Kerajaan Britain berdepan tekanan untuk mengharamkan penjualan vape pakai buang selepas peranti tersebut semakin popular dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Walaupun kerajaan melarang jualan rokok elektronik termasuk vape kepada penduduk berumur bawah 18 tahun, pakar-pakar berkata, sekitar 15 peratus kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun menghisap vape di Britain.

Perdana Menteri Rishi Sunak menyatakan pada minggu ini bahawa beliau bimbang anak perempuannya akan ‘tergoda’ oleh produk vape berperisa yang dijual dalam warna-warna cerah.

Inisiatif kerajaan untuk mendapatkan bukti tentang tabiat menghisap vape dalam kalangan belia di England akan berakhir pada 6 Jun ini. Langkah-langkah susulan dijangka dilaksanakan selepas itu termasuk membanteras jualan vape haram dan mengetatkan pemasaran vape pakai buang yang lebih murah.

Populariti vape pakai buang itu melonjak dalam kalangan belia. Seorang pegawai kerajaan berkata, wujud kebimbangan khusus mengenai isu tersebut.

“Sesetengah pemasaran dan penjenamaan agak mengerikan. Kedai vape ini memiliki susun atur dan hiasan seperti kedai manisan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sesetengah kumpulan kesihatan bimbang tentang pendekatan kerajaan dalam menangani isu tersebut selepas Menteri Muda Kesihatan, Neil O’Brien menggalakkan vape sebagai pengganti rokok tradisional dalam ucapan pada bulan lalu.

O’Brien juga berkata, kerajaan merancang melaksanakan skim ‘tukar untuk berhenti merokok’ dengan menawarkan kit permulaan vape percuma kepada kira-kira sejuta perokok di England.

Kumpulan-kumpulan kesihatan itu berkata, sejarah rokok elektronik singkat, bermakna pengetahuan tentang impak kesihatan jangka panjang dan bukti keberkesanannya dalam menghentikan tabiat merokok adalah terhad.

Mereka mengambil contoh Australia yang membenarkan penggunaan vape hanya melalui saranan doktor.

Difahamkan beberapa kumpulan terbabit telah mengemukakan bukti kesan negatif vape kepada kerajaan dan menyeru supaya peranti itu diharamkan sepenuhnya. Selain mereka, beberapa organisasi alam sekitar bimbang tentang pelupusan lebih sejuta rokok elektronik seminggu dengan semuanya mengandungi plastik, nikotin dan bateri termasuk litium.

Dalam pada itu, Parti Liberal Demokrat menggesa larangan penggunaan vape pakai buang di Britain, manakala pembangkang utama, Parti Buruh hanya menuntut sekatan ke atas pemasaran rokok elektronik yang menjadikannya menarik kepada kanak-kanak.

Bercakap tentang isu tersebut dalam program bual bicara This Morning terbitan ITV pada Khamis lalu, Sunak berkata: “Bagaimana kita boleh mengukuhkan undang-undang berkaitan pemasaran dan promosi (vape)? Nampaknya, mereka (pengeluar vape) menyasarkan produk mereka kepada kanak-kanak. Ini tidak masuk akal, Saya tidak mahu anak-anak saya terjebak”.

Statistik terkini Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkaitan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan sebanyak 9 peratus kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun menggunakannya.

Namun, Kolej Diraja Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak menyatakan, angka sebenar boleh meningkat sehingga 15 peratus, manakala kajian lain menunjukkan golongan muda yang menghisap vape adalah tiga kali ganda lebih cenderung untuk merokok berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Terdapat juga kebimbangan bahawa jenis vape pakai buang yang digemari oleh kanak-kanak menyalahi undang-undang.

Ujian makmal ke atas vape yang dikumpulkan dari sebuah sekolah menengah di Kidderminster mendapati kebanyakannya mengandungi kadar plumbum, nikel dan kromium yang tinggi. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending