Connect with us

Antarabangsa

Jihad Islam ikrar Israel akan terima tindak balas lebih besar

Kumpulan Jihad Islam berikrar pembunuhan kejam rejim Israel terhadap komander gerakan pejuang Palestin dan ahli keluarga mereka akan menerima balasan yang sepadan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jihad Islam ikrar Israel akan terima tindak balas lebih besar
Foto: Wakil kumpulan pejuang, Nasser Abu Sharif.
  • Kumpulan Jihad Islam berikrar pembunuhan kejam rejim Israel terhadap komander gerakan pejuang Palestin dan ahli keluarga mereka akan menerima balasan.
  • Wakil kumpulan pejuang, Nasser Abu Sharif berkata demikian dalam wawancara dengan Press TV pada hari Selasa.
  • “Ia adalah jenayah kejam, jenayah besar-besaran terhadap orang yang tidak bersalah. Mereka akan terima pembalasan,” katanya.
  • Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk tiga komander kanan pergerakan itu serta isteri dan anak mereka.

GAZA – Kumpulan Jihad Islam berikrar pembunuhan kejam rejim Israel terhadap komander gerakan pejuang Palestin dan ahli keluarga mereka akan menerima balasan yang sepadan.

Wakil kumpulan pejuang, Nasser Abu Sharif berkata demikian dalam wawancara dengan Press TV pada hari Selasa.

“Ia adalah jenayah kejam, jenayah besar-besaran terhadap orang yang tidak bersalah. Mereka akan terima pembalasan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk tiga komander kanan pergerakan itu serta isteri dan anak mereka.

Abu-Sharif memberi amaran bahawa semua pejuang Palestin akan bergabung menghadapi pertumpahan darah di tanah Palestin.

“Akan ada tindakan balas yang menyeluruh. Yang pasti sangat kuat,” katanya.

Abu-Sharif juga menyatakan bahawa gerakan Lubnan, Hizbullah telah berjanji untuk menyokong usaha balas dendam perjuangan Palestin.

“Hizbullah memberitahu mereka ajan terus menyokong terutamanya bilik penyelarasan di Palestin.”

Ditanya sama ada terdapat ruang untuk berunding dengan rejim pendudukan, Abu-Sharif berkata, “Sama sekali tidak…memandangkan Israel telah meneruskan pencerobohan ini dan telah menutup semua talian komunikasi.”

Hamas, rakan gerakan pejuang Jihad Islam yang berpangkalan di Gaza, juga mengutuk sekeras-kerasnya pertumpahan darah itu, dan menganggap tindakan Zionis ini sebagai kesilapan besar.

Pesawat perang Israel melakukan beberapa siri serangan udara pada awal pagi Selasa, yang mengorbankan tiga komander tentera berprofil tinggi gerakan Jihad Islam; Tariq Ez al-Dien, Khalil Bahtini dan Jihad Ghanam. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author